16.10.21

MASALAH PARTI PAS

Pertama; hari ini (Oktober 2021) PAS terus jadi punching bag. Sebab apa? Sebab... bukan saja rakyat B40 tidak faham konsep, pentadbiran negara, kumpulan 'profesional' pun lebih teruk kelabu asapnya. Sikit2 PAS, sikit2 PAS.

Atau kumpulan atasan mungkin lebih baik dari semua parti politik, tapi kalau masuk politik, mungkin tukang gantung banner jer lah.

Abang adek, PAS tu mmg la parti Islam. Kamu pun orang Islam jugak. Mana dia Islamnya, kalau kita kurang faham bahawa wakil PAS dlm kjaan, amat lah minoriti. Dema tu nak buat apa? Cakap PAS pun tak berapa nak laku. Ingat zaman PH? Tun M sendiri cakap bahawa semua keputusan di buat oleh DAP.

Keduanya, orang2 Islam ni, tidak kira parti, tolonglah bantu Islam ini. Tolong pada level diri sendiri dan keluarga pun sudah amat cukup. Akhlaknya, akidahnya, pegangannya, budayanya..... bezakan lah dari bukan Islam. Parti PAS tidak boleh buat apa2 jika kita rasuah, atau jika kita langgar perintah Allah. Sedihnya, masa mengundi di PARLIMEN untuk mertabatkan undang2 Islam hanya untuk orang Islam, majoriti mereka yg beragama Islam pun tidak sokong. Namun bila berpidato, bukan main berkokok kita akan pertahan Islam. kentut la... 

Kedua (Disember 2021). saya tak nampak masalah dalam PAS, yg saya nampak masalah ketua2 dan bekas2 ketua kjaan, koperat, dan semua ketua di semua organisasi. Sikap mereka mcm, "lantak la komer". "Janji aku bahagia".

Tegur tidak, cadang tidak... pakai bisu ja.... orang nak duit... bagi... nak libatkan diri... idak lah. Kesihanilah dgn orang2 yg sedang berusaha.... kongsilah pengetahuan dan pengalaman tuan2 dgn mereka. Apa yg berlaku semua nya ada dlm alQuran. TETAPI bukan semua orang boleh 'nampak' apa yg ada dalam al-Quran. Makanya, itulah peranan orang lama untuk menyumbang idea. Lain lah kalau orang muda tidak mahu nasihat kita. Macammanapun, AJK mmg segan nak tanya, tetapi kita pulak jgn dok diam ja..  


PERANAN ORANG ISLAM

baiki diri sendiri dan keluarga sebaik yang mungkin dengan patuh semua arahan Allah SWT.

Ketiga. Apa saja orang viral, terus kamu sambung viral. Kamu dah periksa? Kamu tak rasa perlu nak periksa dulu? SOALAN nya, yg kamu geram sangat dan marah sangat kat PAS ni, sebab apa? Dia yang tubuhkan 1MDB ka? Atau dia yg lantik sykt urus MYSEJAHTERA? Atau dia telah sebabkan MRR2 retak? Tu la..... marah dan geram tak bersebab. Kot kot ada orang berjanggut bagi hang pinjam duit, dan dia asyik dok tagih hutang dari hang.

Bab judi dan arak.... di Kelantan dan Terengganu, sudah lama ia sudah tiada. Contoh macam mana lagi yang kita mahu. Itulah negeri yg di perintah oleh PAS sepenuhnya.

empat.  Malas la nak baca blog ni. Semua pun tak kena.

Ke lima. Cyber Troopers musuh Islam dapat bantuan dari negara luar yg memusuhi Islam. Apa yang hang suka dan tak suka, semua tertulis bukan di loh mahfuz, tetapi tertulis dalam whatsaap, facebook, instagram, gmail, twitter. kawan2 hang, semua depa ada rekod. Kemudian depa share dgn cyber troopers seperti red bean tuu.

Pemikiran hang semua depa sudah boleh baca. Kerja depa hanya inject semua benda yang hang fikir betul, iaitu fakta yang menyokong pendapat (pemikiran) hang.  Klik sini, tenguk sendiri.

Bila Afghanistan di tawan semula oleh rakyatnya melalui Taliban, media barat sampai hari ini, masih tidak puas hati atas kekalahan depa di sana. Media barat, hari2 dok tibai Taliban. Macam-macam tekanan ekonomi yg depa buat. Bukankah Taliban telah rampas semula kuasa dari mereka yang jadi alat kepada negara barat. Bukankah Taliban telah berjaya halau keluar penjajah dari negara mereka? Apa lagi yg mereka tidak puas hati?

Selepas 200 kali media barat dok tibai Taliban, kita yang dulunya bangga dgn kejayaan Taliban... hari ini perlekeh Taliban dan Islam.

Akhir Sekali. PAS akan terus menghadapi ujian dan dugaan, kerana berjihad secara damai lebih payah dari berjihad dengan senjata. Bukan senang nak lawan dengan orang yg suka rasuah, suka tunjuk aurat, suka judi, suka karaoke, suka arak, suka apa saja yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Halangan utama ialah orang Islam sendiri. Mereka ini sayang Islam, tetapi mahu dokong Islam liberal... bebas. Islam itu hak individu katanya. Kami akur dengan pendirian Tuan. Cuma jika boleh, sikit-sikit, kita Islamkan diri kita, menjadi seorang Muslimin yang patuh kepada semua ajarannya. Islam itu tidak ada liberal atau bukan liberal. Yang ada hanya Islam. Ia bukan nasi goreng... ada berbagai jenis.

TERKINI isu GISB @ bekas Arqam. Byk betul orang Melayu yg sentiasa solat di masjid atau surau '5 waktu se hari' dok bantu fitnah. Belum selesai, hangpa dah beri hukuman. Hangpa sapa? Meliwat 402 orang budak! Hangpa yg makan ayaq halia campoq teloq puyuh tu laghat kat nak meliwat banyak tu? P. Ramlee kata... bukan saya yg kata, "Dah Tua Pun Bodoh!"

P/S. orang yg solat 5 kali sehari di masjid @ surau kemungkinan besar tidak akan bantu memfitnah.

Tahun 2024 ni tahun paling teruk dalam sejarah negara kita. Ini kali kedua depa dapat perintah. kali pertama terbubar selepas Tun M letak jawatan. Tapi kali ni depa lebih cerdik. Tapi orang Islam amat yakin, depa merancang, tapi rancangan Allah tetap yang terbaik. Bagi yg sekongkol utk mengkhianati Islam dan orang Islam tentu merasa amat bijak, amat selamat dan amat puas hati... kita berdoa semoga depa bertaubat.