9.11.21

PENGAWAL JAGA HARTA DAN NYAWA

Pemandu bas sekolah, bas ekspres, bas pelancung; bertanggungjawab atas KESELAMATAN PENUMPANG mereka. Bertanggungjawab bagaimana? Luas mana skopnya. 

Ini isu yang amat subjektif. Mahu di perinci? Tidak akan dapat diputuskan untuk memuaskan hati semua orang. Untung pemandu bas ini sebab dapat kerja dalam keadaan yang sejuk dan dapat gaji yg OK OK gitu. Berbaloi jugak lah dgn tanggungjawab beliau.

Pengawal keselamatan bagaimana pulak. Upah dan kemahiran mereka macam mana? Tanggungjawab mereka bagaimana? 

Tuan mungkin tak perasan, semasa Tuan nyenyak tidor atau sedang berkaraoke, bercuti di luar negara, pergi kenduri, pengawal keselamatan sedang jaga keselamatan harta persendirian tuan di pejabat, dan harta syarikat tuan.

Mahu jaga bagaimana, kalau semuanya berkunci? Jaga bang... jaga. Senangnya cakap. Kalau jadi apa-apa... guard mana? Mana Guard? wa wa wa... senangnya kamu berkokok.

Kot mana pun, guard tetap guard, dan pelanggan tetap pelanggan (customer is always a customer).

Sebagai penutup... gunalah terminologi mahmakah dan undang2... 'REASONABLE' effort..... reasonable atau munasabah mcm mana.... sendiri lah kena fikir. Tuan2 kan pandai.

TUGAS, TANGGUNGJAWAB dan PERANAN anggota sekuriti TERHAD. Terhad kerana di hadkan oleh macam-macam hal. Dari aspek undang-undang, ia jadi seperti yang tidak terikat. Di mana silapnya?

Ringkasnya, di beri tugas jaga harta, tetapi tidak di beri kunci atau tidak di benarkan meronda di KTJ (kawasan tanggungjawab). Bagaimana si polan mahu jalankan tugas memantau, bagaimana si polan mahu padam api jika berlaku kebakaran. Dan mengapa si polan di ambil tindakan disiplin kerana berlaku kecurian atau kebakaran. Lagi satu; telefon pun tidak ada di pos bertugas.