Sebelum bercerita aspek ini, baik saya info dulu apa itu keselamatan di tempat kerja. Jika di tanya apa itu keselamatan? Jawapan mudah. Nampak selamat, Rasa selamat. Tuan pernah lihat kedai emas dan bank di kawal oleh seorang atau dua orang pengawal keselamatan yang bersenjata? Bagi diri saya sendiri, saya tidak nampak ia satu keadaan yang selamat. Tapi tuan mungkin akan respons ... OK jer!
Maknanya apa? Maknanya persepsi atau pendapatan atau pandangan tentang keselamatan berbeza antara orang awam dan saya - individu yg berkecimpung dlm hal keselamatan.
Bagi setiap senjata api ada satu ruang yang disebut sebagai chamber. Iaitu satu ruang yang terdapat peluru yang sediakan untuk meletup. Jika peluru sudah berada di situ, risikonya ialah, meletup sendiri kerana senjata api terjatuh atau 'jari gatal' yang menyebabkan trigger tertekan, dan peluru meletup. Ringkasnya - kemalangan yang boleh sebabkan kematian atau kecederaan.
Oleh itu Pengawal berkenaan akan pastikan tiada peluru di dalam chamber, dan ini pula boleh sebabkan lambat untuk bertindakan jika berlaku kecemasan keselamatan.
Saya ulang balik - jika ada pengawal bersenjata sedang bertugas - Tuan kata satu keadaan yang selamat; saya tetap kata tidak atau kurang selamat atau berisiko.
DARI SINI... kita masuk tajuk Pengawal Keselamatan Yang Cekap. Cekap bermakna beliau ada pengethuan, ada kemahiran, ada sikap, dan, ada pengalaman yang sehaluan dgn profesionalisma seorang Pengawal Keselamatan di tempat beliau bekerja.
Di sebuah universiti yg saya pernah bekerja - Pengawal pun pernah bekerja. Pengawal ni pernah kerja di mana dalam universiti tersebut? Ke dua dalam keadaan bagaimana? Gate depan? Asrama pelajar? Kawal lalu lintas (trafik)? Dewan Peperiksaan? Pejabat Hal Ehwal Pelajar? Rumah keluarga? Fakulti? Meronda?
Tuan2, di setiap tempat ini, tugasnya berbeza, ancamannya berbeza, kemahirang yang diperlukan berbeza, dan sikapnya juga berbeza. Perangai staf, pensyarah, pelawat, orang ramai, dan pihak berkuasa yang memasuki kawasan kampus juga berbeza.
Agak-agak saya, Tuan sudah faham bahawa kecekapan, pengetahuan, dan kemahiran pengawal berbeza. Elok jika kita mulai hormat terhadap mereka.
Itu baru satu bab. Ada lagi aspek lain yg Tuan kena beri pertimbangan. BILA mereka bertugas. Siang, malam, masa kecemasan, masa hujan, masa banjir kilat, semasa pelajar dan keluarga datang mendaftar, semasa konvokesyen, semasa ada majlis, semasa cuti, semasa solat Jumaat dll. Tuan2, segala kejadian keselamatan berlaku pada waktu tertentu. Kecurian tidak berlaku setiap hari dan sepanjang hari.
Pelik tapi benar! Kejadian kecurian projektor banyak berlaku semasa musim bola sepak dunia. Sebab - warung2 merupakan pelanggan utama yg mahu pasang projektor supaya pelanggan selesa dtg tnguk bola.
Besi longkang byk hilang semasa time orang pergi solat Jumaat.
Pergaduhan byk melibatkan pelajar dari luar negara,
Semasa bencana pokok tumbang, staf dari Jabatan berkenaan yg bertanggungjawab tidak beri kerjasama utk tebang pokok yang tumbang, dan akhirnya, pengawal terpaksa bertungkus-lumus. Bukan saja staf, bos mereka pun tidak tahu itu tugas mereka.
Akhir sekali.... jika saya di minta untuk menjalankan kursus keselamatan di tempat Tuan, apakah sebenarnya yang Tuan mahu saya latih?