24.10.13

Pengawal Ambank


10 tahun dulu saya memberi cadangan kepada pengurusan bank tempat saya kerja supaya guna pengawal sendiri. Jawapannya, pengawal luar lebih murah. Ada juga suara sumbang kata, pengawal banyak yang sakit dan tua.

Saya nak ulang rasional saya. 1. pengawal sendiri [IN HOUSE GUARDS]  lebih komited 2. mereka boleh dilatih 3. hanya yg terpileh diberi lesen senjata 4. latihan menembak boleh dibuat tiap tahun 5. bank lakukan CSR kerana menggaji mereka yg sekolah rendah [pekerja lain semuanya sekolah tinggi]. 6. pengawal yg ada potensi boleh diserap jadi kerani 7. yg sakit dan tua ditukar jadi pekerja am.

Kesan negatif guna pengawal luar amat banyak. Sila tanya cawangan yang ada pengawal luar.

Bank Negara boleh keluarkan arahan, semua bank, sila guna pengawal sendiri. Arahan satu muka surat sahaja. tak kisahlah nak guna pengawal biasa atau polis bantuan. mana-mana pun ada masalah juga.

Last sekali saya nak bagitau, BUKAN SEMUA PENGAWAL BOLEH DIBERI LESEN SENJATA API.