7.11.13

Pengawal Pasaraya

Pengawal Pasaraya seperti seorang superman [suparman] atau batman. Apa yang berlaku atau belum berlaku semua dia perlu bertindak. Hampir semua pelanggan akan cari pengawal jika mereka mempunyai masalah. Jika berlaku apa saja kecemasan, pengawal-lah yg perlu pertama bertindak.

Bagi pihak pengurusan pasaraya yang 'cerdik', atau jika saya seorang pengurus pasaraya, saya akan pastikan pengawal pasaraya betul-betul terlatih. Terlatih dalam pelbagai bidang yang relevan.

Pengawal pasaraya boleh menghadapi macam-macam keadaan kadang-kadang di luar pemikiran / imaginasi kita.


MENGINTIP. Mengintip perangai orang bukan tugas keselamatan. itu tugas mereka yang engkar dengan Al Quran, engkar perintah Allah. Selepas dapat apa yang kamu hendak tahu, kamu buat apa? Kamu musnahkan dia.

Kamu rasa puas hati.

Itu lah yg sering dilakukan oleh orang2 yang amat sempurna perangai dan sikapnya. Tidak ada manusia yang lebih baik dari mereka.

Betul kah begitu. Jika tidak, hentikan lah. Kita semua bukan sempurna untuk mencari kelemahan dan kesilapan orang.

Bacalah surah Hujurat.


BAGAIMANA pun, dalam bab keselamatan, kita perlukan perisikan. Kita perlu Modus Operandi, siapa ahli2 mereka. Siapa pelanggan mereka? Lokasi mereka. kenderaan mereka. Dan aktiviti mereka. Bank mereka. Subahat merea.

Pengintipan ke atas mereka berobjektif. Kita tidak musnahkan mereka. Kita bawa mereka ke muka pengadilan.