12.10.13

Rompak Bank Rakyat


Beberapa hari lepas mesin ATM Bank Rakyat di Maran kena rompak.

Ada beberapa kelemahan kat situ yang perlu dilihat dan diperbetulkan.

Pada pendapat saya syarikat yang menyediakan peralatan keselamatan [CCTV dan penggera] perlu bertanggungjawab untuk memberi taklimat kelemahan sedia ada. Mungkin lebih baik jika pihak ketiga juga dipanggil untuk memberi pandangan mereka.

Dengan ini pihak bank akan tahu apakah kelemahan utama syarikat tersebut dan di manakah kesilapan atau kebocoran yang telah berlaku selama ini. Syarikat ini mesti memperbetulkan tanpa sebarang kos kepada bank, dan jika tidak ia mesti ditamatkan.

Saya takut kelemahan ini ada di seluruh negara.