24.10.13
Pengawal Ambank
10 tahun dulu saya memberi cadangan kepada pengurusan bank tempat saya kerja supaya guna pengawal sendiri. Jawapannya, pengawal luar lebih murah. Ada juga suara sumbang kata, pengawal banyak yang sakit dan tua.
Saya nak ulang rasional saya. 1. pengawal sendiri [IN HOUSE GUARDS] lebih komited 2. mereka boleh dilatih 3. hanya yg terpileh diberi lesen senjata 4. latihan menembak boleh dibuat tiap tahun 5. bank lakukan CSR kerana menggaji mereka yg sekolah rendah [pekerja lain semuanya sekolah tinggi]. 6. pengawal yg ada potensi boleh diserap jadi kerani 7. yg sakit dan tua ditukar jadi pekerja am.
Kesan negatif guna pengawal luar amat banyak. Sila tanya cawangan yang ada pengawal luar.
Bank Negara boleh keluarkan arahan, semua bank, sila guna pengawal sendiri. Arahan satu muka surat sahaja. tak kisahlah nak guna pengawal biasa atau polis bantuan. mana-mana pun ada masalah juga.
Last sekali saya nak bagitau, BUKAN SEMUA PENGAWAL BOLEH DIBERI LESEN SENJATA API.
12.10.13
Rompak Bank Rakyat
Beberapa hari lepas mesin ATM Bank Rakyat di Maran kena rompak.
Ada beberapa kelemahan kat situ yang perlu dilihat dan diperbetulkan.
Pada pendapat saya syarikat yang menyediakan peralatan keselamatan [CCTV dan penggera] perlu bertanggungjawab untuk memberi taklimat kelemahan sedia ada. Mungkin lebih baik jika pihak ketiga juga dipanggil untuk memberi pandangan mereka.
Dengan ini pihak bank akan tahu apakah kelemahan utama syarikat tersebut dan di manakah kesilapan atau kebocoran yang telah berlaku selama ini. Syarikat ini mesti memperbetulkan tanpa sebarang kos kepada bank, dan jika tidak ia mesti ditamatkan.
Saya takut kelemahan ini ada di seluruh negara.
11.10.13
Polis Bantuan
Dulu kita dengar IPTA ingin amalkan konsep terbuka. UPM adalah universiti pertama yang saya lihat membuka terus laluan utama. Lama selepas itu Pengawal di pintu utama [gate] wujud semula. Sebab apa? Sebab mana boleh macam tu.
Pada masa yang sama isu 'police country' telah dimainkan oleh satu pihak. Makna kata, anggota polis kelihatan merata-rata.
Ikut pengalaman saya di Thailand, polis ramai kelihatan pada waktu pagi khususnya untuk kawal trafik di depan sekolah. Selepas itu entah mana mereka menyorok.Tapi kalau nampak kerete plet Malaysia, tup tup depa sampai. Huloq 100 Bhat, TQ TQ TQ, terus suruh jalan. Kalau tidak dia buat-buat nak cek paspotlah, cek bonetlah, susahkan! [selingan]
Ada dua keadaan yang paradoks di sini; banyak IPTA amalkan Pengawal Keselamatan di merata tempat khususnya pada waktu siang. Kedua, ahli akademik mohon kebebasan bergerak di dalam kampus.

Nak bagi nampak polis/pengawal keselamatan atau nak kawasan kampus selamat? Pada pendapat saya, dan mengikut keadaan hari ini, dua-dua pun nak.
Tapi lebih baik Polis Bantuan atau Pengawal itu kelihatan secara fizikal di lokasi tertentu sahaja, bukan semua tempat. Lebih baik begini, tetapi Polis Bantuan atau pengawal yang tidak beruniform pun mesti banyak dan tindak balas mereka pantas. Rompak tengahari, 3 petang dah kena tangkap. Baru la best. Maknanya, orang takut nak buat jahat. Kampus akan selamat.
Keadaan ini bukan diharapkan di kampus sahaja, di merata tempat. Barulah imej Polis Bantuan akan melambung naik.
Klik sini untuk bacaan seterusnya.
http://securityandsafety.blogspot.com/2015/05/peniaga-tipu.html

9.10.13
Seminar Keselamatan kampus 2013
Keadaan keselamatan dalam negara rumit tetapi tidaklah kritikal. Bagaimanapun, sudah sampai masanya semua pihak duduk se meja dan memikirkan satu panduan atau polisi yang lebih menyeluruh, meliputi pelbagai aspek yang dirasakan penting untuk keharmonian dan kesejahteraan kampus.
Ia ibarat menubuhkan JKKK di dalam kampus.
Jabatan Pengajian Tinggi telah maklumkan bahawa Yayasan Warisan Melayu akan anjurkan seminar 2013 ini pada 16 dan 17 Dis 2013 di sama sama hotel KLIA. layari
http://yayasanwarisanmelayu.blogspot.com/

Subscribe to:
Posts (Atom)