Pengawal Cemerlang bukan mestinya yg kerja bagus, tp paling utama ialah mereka yg ada wawasan hidup, ada matlamat pada setiap hari.
Orang begini datang dan balik tepat waktunya. Kalau perlu dtg kerja 20 minit sebelum waktu kerja untuk berbaris dan sebagainya, InsyaAllah dia akan hadir.
Orang yg tiada wawasan atau matlamat hidup...dtg kerja malas, kerja malas, balik rumah pun malas. Orang bermatlamat, semua kerja mahu dia bereskan segera, sebab dia ada benda lain yg perlu dilakukan.
Orang yg berwawasan atau yg ada matlamat hidup, tidak kerja untuk OT sahaja. Lebih baik dia berniaga, apa saja dia sanggup buat. Potong rumput, gunting rambut, jual rokok, ....apa saja asal dpt wang.
Orang begini tidak heran dgn telefon canggih. Asal boleh bercakap dan SMS pun sudah memadai.
Tuan Puan di dalam kategori mana?
Nah sekarang baru lah saya mahu cerita tentang pengawal yg cemerlang. Jika kita ada matlamat hidup....kita akan jd jenis orang yg tidak mahu buang masa dgn membuat bende2 yg tdk berfaedah.
Orang yg tiada matlamat pulak....ada duit belanja. Sebab apa? Sebab dia tdk fikir utk beli motorsikal tanpa hutang. Sbb katanya...Bank Rakyat kan ada...
sudah ada dua ciri...bermatlamat dan tidak berbelanja sewenang-wenangnya
Selain tidak tahu buang duit....orang cemerlang....pandai cari duit. Makan apa saja yg ada yg dibawa dari rumah. Dia juga tidak suka melepak di kedai kopi. Sebab ini kan buang masa katanya.
Semasa saya interview bakal pengawal, jika beliau tanya...di sini ada OT tak? Maka siang siang lagi saya tidak sokong beliau utk kerja dgn saya...Sebab orang begini tdk pernah cukup duit.
Kjaan sudah tetapkan gaji minima. Mereka sudah fikirkan dan pertimbangkan semuanya.
Tuan Puan akan hairan mengapa orang2 besar terima rasuah....sebab gaji mereka tidak cukup. Bukan sebab apa...sebab mereka mahu beli macam2. Kereta besar, Motorsikal besar, rumah besar, semuanya besar. Kadang2, satu tidak cukup...mahu dua atau tiga. Cutinya di luar negara. Makannya di restorang 5 bintang.
Ringkasnya, mereka yg cemerlang hidup dan berbelanja mengikut kemampuan diri sendiri. Namun mereka tetap menyediakan wang secukupnya untuk membawa anak-anak ke McDonald sekali dalam setiap dua bulan.
sudah ada banyak ciri; bermatlamat, tidak berbelanja sewenang2nya, tidak bazir masa, pandai cari wang, tidak bazir wang, tidak mahu byk hutang...
Jika kita bagus kpd diri sendiri dan famili, maka kita akan secara langsung bagus dgn kerjaya kita. Tidak lebih dan tidak kurang, mahu saya katakan di sini.
Sebagai penutup, fikirkanlah dan berusahalah untuk jadi insan yg baik kpd diri sendiri dan famili. InsyaAllah yg lain semua akan dtg sendiri