Dan jika kotor....ayatnya ialah "Biarlah.....nanti cleaner takda kerja pulak". Makanya bolehlah kita buang sampah merata-rata ATAU tinggalkanlah handphone kat tandas.
Nah di sinilah yang dimaksudkan semua orang bertanggung jawab tentang isu keselamatan. Bukan keselamatan harta syarikat, tetapi harta sendiri jer pun.
Ada satu masa dulu di Kolej Dua Belas, pengawal disalahkan kerana siswa-siswi kerap hilang handphone. Maka kami telah cadangkan jika hendak ke tandas, sila serahkan handphone kepada Pengawal Keselamatan supaya kami boleh jaga dengan selamat.
Kami sudah tidak ada opsyen yang lebih baik dari ini dan kemudian pihak kolej sedar bahawa tidak logik untuk pengawal jaga semua harta peribadi. Period.
BAGAIMANA hendak 'paksa' semua pekerja bertanggungjawab ke atas harta syarikat?
[1] Pihak pengurusan mesti bersedia dengan cadangan yang logik ini.
[2] Setiap pemandu diberi tanggungjawab ke atas sesuatu kenderaan. Setidaknya, 3 pemandu jaga sebuah kenderaan yang mereka pandu secara bergilir. Jika rosak, bercalar dan sebagainya, ketiga-tiga pemandu akan dikenakan bayaran pembaikan. Buatlah apa saja polisi atau prosedur serah menyerah kenderaan dengan betul. Jika ada peluang, seseorang pemandu diberi kuasa untuk membeli kenderaan tersebut selepas 7 tahun dengan harga tertentu. Pasti dia akan jaga kenderaan tersebut seperti harta sendiri.
[3] Sama seperti komputer dll.
[4] Apabila seorang Pengurus baru akan ambil aleh sesuatu jabatan, serah menyerah mesti termasuk juga senarai harta. Pemeriksaan harta [stok check] mesti dibuat oleh pihak ketiga sebelum serah terima tugas. Sayangnya, prosedur ini seperti tidak pernah berlaku. itu lah sebabnya, si polan akan jawab, aset itu sudah tidak ada semenjak saya ambil aleh. Habis siapa yg bertanggungjawab atas kehilangan itu?
[5] Prosedur potongan gaji atau bayar balik kerugian mesti diperkenal dan dikuatkuasa sepenuhnya. Prosedur ini jelas ada dalam Perintah Am, tapi hampir 99.9% kakitangan awam Malaysia tidak amalkannya. Itu sebab Agung terkini sangat murka dengan kakitangan kerajaan.
[6] Apabila ada rancangan pembangunan atau pembelian atau apa saja, pihak keselamatan mesti dijemput untuk beri cadangan keselamatan dari awal lagi.
Pada satu masa semasa Fakulti Pergigian membina satu bangunan baru, sudah siap baru disuruhnya Pengawal jaga keselamatan. Isunya bagaimana hendak kawal jika ada 4 jalan masuk ke bangunan ini dari pelbagai tingkat dan setiap jalan ini tidak ada pintu, dan ia seperti satu hall-way.
Mereka pula tidak mahu pasang grill sebab nanti nampak tidak cantik.
Bagi memudahkan cara, saya mencadang Fakulti Pergigian tanggung kos servis pengawal luar sebab saya tidak mampu menyediakan 5 orang pengawal pada setiap masa.
Jika mereka libatkan pihak keselamatan dari awal, tentu saya akan cadangkan single entry/exit. MAKSUD SINGLE ENTRY-EXIT
Berbalik kepada harta-harta syarikat, semua Ketua Jabatan atau Pengurus perlu ada accountability atas aset mereka sendiri.
[7] Tahukah Tuan bahawa pada masa ini, semua tenaga pengajar di sekolah atau institut memandu menggunakan kenderaan sendiri. Dari itu, kereta ini sentiasa dalam keadaan elok. Jika dulu oleh kerana kereta itu syarikat yg punya...ia sentiasa bercalar, kotor, tayar botak, bateri flat dan pelbagai masalah.
Sekarang pandai pula mereka menjaga kereta tersebut kerana itu adalah kereta sendiri.
[8] KUASA PENGAWAL. Di setengah kawasan atau pejabat, Pengawal tidak dibenar masuk buat rondaan atau pemeriksaan atau apa saja. Semuanya OSA. Nah jika berlaku kehilangan, sabotaj dan sebagainya, patutkah pengawal disalahkan? Malangnya, inilah yg kerap berlaku.
Wallahualam, semoga kita semua mencari jalan terbaik supaya harta kerajaan dan syarikat sentiasa terpelihara dgn baik.
PERTANYAAN/CADANGAN
Wallahualam, semoga kita semua mencari jalan terbaik supaya harta kerajaan dan syarikat sentiasa terpelihara dgn baik.
PERTANYAAN/CADANGAN
=END=