6.3.17

Keselamatan Kilang

Hampir setiap kilang sedar bahawa kecurian berlaku dilakukan oleh pekerja sendiri atau mereka bersubahat dengan kontraktor. Kontraktor utama juga tidak sedar kerana ia dilakukan oleh pekerja mereka cara diam-diam.

Namun jumlah kecurian ini sangat kecil berbanding dengan INSIDER THREATS atau 'peniaga dalaman' yang terdiri dari eksekutif hingga individu paling atas.

Bagi kedua-dua keadaan di atas, ada beberapa pendekatan yang boleh dilakukan:

[1] Odit Dalaman. Ketua odit dan setiap individu dalam pasukan odit ini mesti dipilih sendiri oleh bos. Mereka mesti mempunyai pengalaman yang luas. KEAHLIAN. Jika odit ini melibatkan aspek logistik, seorang individu berpegalaman dari aspek ini mesti diambil, dan beliau mestilah orang luar, atau dari cawangan lain. Jika melibatkan keselamatan, pun sama juga. Jika tidak, kumpulan odit dalam ini akan dikelentong habis-habisan.

[2] Satu sistem pemberian maklumat mesti diadakan. Cumanya, perlu amat berhati-hati kerana maklumat lain yang tiada kaitan, yang selalunya berlaku akibat cemburu atau iri hati akan juga di terima. Oleh itu, penerima maklumat ini hendaklah dari pihak ketiga, kerana ia perlu ditapis terlebih dahulu.

[3] Penggunaan Penyiasat [PI]. Ini adalah langkah terakhir kerana ia amat mahal.

Terdapat pelbagai cara dan langkah untuk memperolehi maklumat. Pemasangan POSTER, CCTV, tapisan keselamatan dalaman, tapisan keselamatan semua kontraktor dan pekerja mereka antara beberapa langkah yang menyebabkan mereka yang terlibat atau ingin lakukan jenayah rasa cuak untuk meneruskan aktiviti mereka.

Prosedur kerja yang ketat dan langkah disiplin tegas akan beri gambaran bahawa kita serius dalam mencapai matlamat ZERO THEFT  atau ZERO LOST.

Paling penting, pihak pengurusan tertinggi mesti komit. Jika semua diserah kepada keselamatan dan mereka tidak diberi sokongan sepenuhnya, akhirnya semua staf keselamatan akan terpaksa undur diri.

Dan paling utama, pilih staf yang betul-betul komit DAN beri 100% kepercayaan kepada mereka.

Bacaan lanjut:......   Corporate Fraud




                        
=END=