24.2.17

CARA BERI TAKLIMAT DAN ARAHAN

BERI TAKLIMAT ATAU ARAHAN




Setiap Pengawal atau Ketua Pengawal akan beri taklimat atau arahan. Tidak hari ini…..besuk.

Sebenarnya, ini adalah kemahiran asas yang setiap orang mesti ada. Mengapa seorang Pengawal pun kena bersedia untuk beri taklimat atau arahan?

Sebab, bila ada tetamu datang, Pengawal juga yang perlu bagi ‘taklimat’ bagaimana hendak ke Ibu Pejabat. Memberi panduan ringkas itu pun di kira satu taklimat juga.


Nah. Kalau kita hendak bagitau seorang Pak Cik bagaimana hendak ke Ibu Pejabat, kenalah jelas, ringkas, tepat dan mudah difahami.

Itulah panduan utama apabila hendak beri taklimat. Jelas, ringkas, tepat dan mudah difahami.

Bagaimana pula hendak beri Arahan. Contohnya arahan ronda.
1.       Beri latar belakang dulu. Semalam di estet ada kejadian pencerobohan. Kita tidak mahu ia berulang.
2.       Tujuan Ronda hari ini ialah untuk halang kejadian pencerobohan. Saya mahu semua sekali memerhati semua keadaan kelemahan pagar, lampu, semak samun, pintu yg rosak dan lain-lain yg boleh menyumbang kepada pencerobohan.
3.       Pelaksanaan. Kita perlu ronda setiap satu jam. Guna jalan yang berbeza-beza. Banyakkan berjalan kaki. Berhenti di setiap kawasan yang tuan tuan rasa boleh jadi sasaran penceroboh, dan beri perhatian dengan teliti.
4.       Keselamatan. Tolong pasti semua alat baik, walkie baik, dan handphone pun baik jugak.
5.       Langkah-langkah tindakan. Kalua nampak orang yang disyaki, jangan bertindak berseorangan. Beri maklumat yang wajar supaya kita semua boleh kepong dan tangkap beliau. Hati2...orang yg kita kenal juga mungkin ada niat jahat.


Panduan Am
Kalau kita hendak ceritakan tentang diri kita, kita hanya tulis point point yg penting.
·         Nama, umur, tempat lahir
·         Isteri dan anak
·         Kegemaran
·         Pengalaman kerja
·         Kemahiran
·         Dan lain lain

Begitu juga bila kita hendak beri arahan ronda dan lain-lain. Sediakan point point tentang apa yang hendak cakap.

Bila ada point point begitu, insyaAllah kita tidak akan lupa apa yg kita hendak cakap. Masa depan kita tambah point point itu yg kita fikir perlu.

Itu lah cara untuk baiki cara beri arahan atau taklimat.