26.5.15

Definisi Keselamatan

nampak selamat, rasa selamat

itulah difinasi tepat kepada individu. ia boleh jadi isu yg subjektif. sebab kpd yg biasa panjat pokok kelapa akan kata selamat. yg tidak biasa akan kata bahaya dan berisiko. begitu juga mandi di sungai.

begitu juga dgn tempat gelap. persepsi keselamatan berbeza kpd lelaki dan perempuan. risiko kpd mereka juga berlainan.

ada yg berpendapat keselamatan ada satu keadaan yang dicapai dengan mengambil pelbagai langkah.

dlm bahasa Melayu, keselamatan bemaksud 2 perkara besar; security dan safety. satu melibatkan jenayah, kehilangan, kecurian, pencerobohan, bunuh, rogol, cedera, colek, pengganas, bergaduh dll. kedua kerana kemalangan - cedera, mati.

ini 2 perkara yg kita kena sensitif.

kalau perlu lebih terperinci, sila lihat dalam wikipedia. apa maksud security.

KENAPA ORANG MENCURI?
kerana ada peluang. ini kerana kelemahan kita sendiri. ia meliputi pelbagai aspek.
kerana ada motif/sebab.
kerana peluang ditangkap tipis. adakah kita akan mencuri kalau mudah ditangkap dan dibuktikan?
kerana kelemahan manusia [pencuri]. setiap pencuri ada kelemahan. jangan terkejut orang kaya pun mencuri jugak.
kerana berbaloi.

kita akan sambung nanti....

sementara itu, sila lihat blog ini untuk menambah sedikit ilmu.. http://saujanacipta.blogspot.com/

18.5.15

kursus lanjutan Polis Bantuan

Polis Bantuan adalah satu kemegahan dan satu imej kepada sesebuah organisasi. Fakta ini mesti dilestari [maintain] sepanjang masa.

Selain dari kewujudan imej yg baru, terdapat satu rahsia pramugari yg perlu diadaptasikan.


Seorang pramugari yg nampak menarik dan sentiasa tersenyum, adalah seorang penyelamat, seorang bidan, perenang, dan boleh menggunakan senjata api.

Setengah dari mereka terlatih untuk berlawan [tak tahu lah taekwndo atau silat gayung].

Apa yg ada dengan Polis Bantuan selain dari hadir kursus asas di Pusat Latihan dan berpakaian kemas. Adakah mereka tahu berbahasa Inggeris, bagus

berkomunikasi, mengenali pengurusan, tahu selok belok bangunan yg mereka kawal, pandai bab mengawal trafik, menyelamat, tahu tugas semasa kecemasan dan macam2 lagi.

Kesimpulannya,  latihan asas itu bukannya penamat, ia baru bermula. Polis Bantuan ada di Bank Negara, Felda, Tabung Haji, pelabuhan, pusat perjudian, dan universiti. Keadaan keselamatan berbeza dan mereka perlukan kursus lanjutan.



Berikut adalah senarai kursus yang boleh dipertimbangkan. tuan2 boleh cadang atau rancang se wajarnya. Terdapat banyak syarikat dan individu yang boleh melaksanakan kursus tersebut.
SENARAI KURSUS KESELAMATAN
klik sinihttp://securityandsafety.blogspot.com/p/blog-page.html


  1. kursus komunikasi dan khidmat pelanggan
  2. kursus asas keselamatan 
  3. kursus penyelia keselematan dan kemimpinan
  4. team building
  5. kursus khidmat pelanggan dan komunikasi
  6. kursus walkie talkie
  7. kursus kecemasan: kebakaran, rompakan, mengosongkan bangunan
  8. kursus pengurusan dan pentadbiran keselamatan
  9. kursus penyiasatan
  10. kursus asas perisikan 
dan lain-lain. 

majoriti kursus di atas boleh di kira sampingan kecuali kursus seperti penyiasatan dan perisikan. kursus sampingan, 1 hari sudah mencukupi.


kursus di bahagi kepada kursus asas dan fungsional. kursus asas diguna untuk pembangunan diri sehingga pangkat tertinggi. contohnya, untuk naik pangkat Sarjan, seseorang wajib hadir beberapa kursus asas atau kursus kerjaya. Apabila seseorang berpangkat Sjn, kita tahu beliau seorang yang kompeten.

kursus khidmat pelanggan umpamanya, bukan semua orang boleh hadir atau patut hadir. ia hanya sesuai kpd individu yg tidak kisah untuk tolong orang. kalau muka asyik pelat, macam mana nak beri khidmat kpd pelanggan. begitulah seterusnya dgn setiap kursus fungsional.



kalau mulut lompang, ia memang tak boleh hadir kursus perisikan atau penyiasatan. hancus jadinya! 

Senarai di atas hanya sedikit sahaja. Banyak lagi yang perlu difikirkan.

Klik sini: Pertanyaan / Cadangan

SMS atau wwhatsapp 019 275 0075 untuk maklumat lanjut.

http://securityandsafety.blogspot.com/2015/05/peniaga-tipu.html

KES PENIPUAN





17.5.15

Latihan Kecemasan

Apabila loceng kecemasan berbunyi SEMUA orang akan bikin tak tahu. Entah2 loceng rosak. Entah2 pihak tertentu sedang baiki sistem.

5 minit berlalu dan barulah kita nak bertanya apa hal ni?

Apabila loceng berbunyi, orang pertama yang akan dihubungi ialah pihak keselamatan. Betul tak? SALAH. Orang pertama yang mesti dihubungi ialah teknisyen bertugas.


KELEMAHAN KEDUA. Tidak siapa tahu siapa teknisyen yg bertugas. Tidak tahu no fon dan nama. Teknisyen tidak angkat telefon. teknisyen tidak dapat dihubungi. Setiap sekolah ada teknisyen ke? Siapa yang bertanggungjawab ke atas loceng kecemasan?

KELEMAHAN KETIGA. Sistem selalu rosak. Jika berlaku keadaan sebenar pun, orang fikir itu masih rosak. Tidak ada inquiry mengapa berlaku. Tidak ada follow up untuk ambil tindakan disiplin. Mengapa? Sebab diri sendiri belum kena mala petaka. Sebab sebenarnya, kita tidak kisah dengan keselamatan kecuali kita kerja dalam industri oil & gas atau dalam pasukan keselamatan.

KELEMAHAN KE EMPAT. Dalam latihan kecemasan, kita hanya diajar untuk guna alat pemadam api mudah alih [fire extinguisher]. Itu saja. Selepas itu hanya 5 orang yang berpeluang guna alat itu.

KELEMAHAN KELIMA. Latihan paling penting semasa kecemasan yang selalu diabaikan ialah, Latihan Mengosongkan bangunan. Berapa minit kita ambil untuk berkumpul, berkumpul di mana, DAN membuat kiraan berapa orang yang hilang. Betul2 hilang selepas tolak yg tidak datang bekerja atau tidak hadir kelas hari tersebut, yang keluar mesyuarat atau tugas luar. Tidak percaya? Cubalah buat sekali latihan ini dan pastikan bilangan yg patut hadir.

Mengapa sangat penting. SEBAB jika kita kata si polan hilang dan dia ada sakit lelah, TERPAKSA kita hantar kumpulan pencari [search & rescue]. Kemudian seorang kumpulan pencari cedera. tup tup si polan yang ada lelah tu rupanya memang tak datang sekolah hari tu!


Bangunan mesti dikosongkan dalam masa 10 minit. Itu std antarabangsa. Boleh buat? Mengapa 10 minit? Sebab dalam masa tersebut, jika kita berada di dalam asap, otak kita sudah mati! Kalau kita tidak keluar dlm masa tersebut, maknanya kita sudah mati!



Sila klik untuk bacaan selanjutnya:
http://www.nfpa.org/safety-information/for-consumers/occupancies/high-rise-buildings/faqs-about-building-evacuation

Kita menghadapi banyak kelemahan dalam aspek latihan kecemasan yg perlu difikirkan dan diambil tindakan yg wajar..

Terkini ialah kejadian gempa bumi di Ranau dan Gunung Kinabalu. Bukannya orang biasa, pihak berkuasa bahagian kecemasan pun terperangkap juga, tidak tahu apa nak buat. tup tup, tiba2 semua orang baru terfikir, guide [malim] perlu dilatih dalam aspek kecemasan.


Lepas ini semua guide gunung pun akan diajar. Inilah tandanya negara sedang maju. 


Ketua darjah [class monitor] dan Penolong serta guru-guru mesti diajar tentang kecemasan. Buat latihan bersama; guru dan class monitor. Hanya latihan kosongkan bangunan DAN latihan periksa kehadiran pelajar. Itu dulu! Jangan libatkan semua pelajar lagi. 


Tahu kah anda, dalam keadaan kecemasan sebenar akan timbul seorang hero dan heroin yg betul2 berusaha. Mereka bukan AJK atau seorang yg terlatih. JANGAN halang mereka.


Paling menarik dalam berita cetak 9 Jun, KL termasuk dlm kawasan gempa bumi. Kita tunggulah keadaannya nanti.

16.5.15

keselamatan dan tugas protokol

se baiknya, setiap kali ada majlis rasmi di Universiti Malaya, ketua keselamatan mesti hadir. Naib Canselor hadir atau tidak, itu bukan masalahnya.

masalahnya, jika berlaku sesuatu, pihak keselamatan jadi sasaran utama pihak pengurusan. jika kita boleh jawab dgn pelbagai jawapan yg betul serta jadi saksi utama dalam kejadian itu, maka tanggungjawab kita sudah selesai.

setiap majlis memberi kesan imej kpd universiti. pegawai bang, bukan ketua pengawal. kalau ada kejadian, sudah jadi kebiasaan itu sudah peringkat pegawai untuk bertindak dengan segera.

kehadiran pegawai mencerminkan kita ni seorang yg bertanggungjawab. jika kita atau pegawai tidak hadir, maka lama-lama seluruh kampus akan hilang hormat kepada keselamatan.

dari aspek protokolnya, serta logiknya, dalam setiap majlis, adakah seorang pengawal akan menasihat VC. bercakap dgn VIP. 


masalah lain..selalunya keselamatan itu penting hanya apabila ia diutarakan. jika tidak, keselamatan itu mungkin tidak wujud. atau ramai sudah malas nak berurusan dgn keselamatan!




15.5.15

Kesan Peperangan Politik [POLITICAL WARFARE] kpd rakyat

Orang keselamatan kena jadi seorang yang waras walaupun nampak kurang siuman. kalau si A tidak suka si B, kita tidak ada masalah. Masalah kita bila ada pergaduhan, hasutan, sabotaj dll. siapa yg tidak siuman sebenarnya?

tapi si polan yg kurang siuman akan cakap pihak keselamatan ni barua atau anjing.  itulah jenis ketua yang diraikan mereka. ego dan riak dan bodoh sombong. Imam Shafie kata jgn bertengkar dgn orang bodoh. 

anak cucu PKM [ kominis] ni pulak dah menyusup masuk parti politik dan tengah sebuk dgn permainan kotornya. dan paling sedih ialah bekas pegawai dan anggota keselamatan jadi tukang penasihat propaganda mereka.




sekarang musim kumpulan A dan B berwasap. bagi saya mudah dot kom. saya cuma bagi soalan ini; permainan mereka kan belum tamat, tunggu hingga mereka selesai. apa permainan yg mereka sedang main? siapa pemain mereka? apa ganjarannya? apa undang2 mereka? main macam mana? siapa taiko mereka? yg di belakang tu bertaruh apa? kalau A atau B menang, kita dapat apa?

jawapannya mudah kita tetap akan dapat bala. jadinya tak payahlah nak emosional! perumpamaan Melayu...gajah gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah

tak payahlah jadi alat mereka untuk panaskan keadaan. 

apa apa yg sedang berlaku saya harap semua yg berkenaan kena lebih bersedia untuk strike. siapkan log book dan foto mereka mulai sekarang sebab apa tindakan kita semua akan sampai kpd amnesty dan NGO, hinggalah ke new york. apa apa pun.

hari ini sambil bercakap dgn kita mereka rakam. sudah tiba masanya kita rakam mereka pulak.