17.5.15

Latihan Kecemasan

Apabila loceng kecemasan berbunyi SEMUA orang akan bikin tak tahu. Entah2 loceng rosak. Entah2 pihak tertentu sedang baiki sistem.

5 minit berlalu dan barulah kita nak bertanya apa hal ni?

Apabila loceng berbunyi, orang pertama yang akan dihubungi ialah pihak keselamatan. Betul tak? SALAH. Orang pertama yang mesti dihubungi ialah teknisyen bertugas.


KELEMAHAN KEDUA. Tidak siapa tahu siapa teknisyen yg bertugas. Tidak tahu no fon dan nama. Teknisyen tidak angkat telefon. teknisyen tidak dapat dihubungi. Setiap sekolah ada teknisyen ke? Siapa yang bertanggungjawab ke atas loceng kecemasan?

KELEMAHAN KETIGA. Sistem selalu rosak. Jika berlaku keadaan sebenar pun, orang fikir itu masih rosak. Tidak ada inquiry mengapa berlaku. Tidak ada follow up untuk ambil tindakan disiplin. Mengapa? Sebab diri sendiri belum kena mala petaka. Sebab sebenarnya, kita tidak kisah dengan keselamatan kecuali kita kerja dalam industri oil & gas atau dalam pasukan keselamatan.

KELEMAHAN KE EMPAT. Dalam latihan kecemasan, kita hanya diajar untuk guna alat pemadam api mudah alih [fire extinguisher]. Itu saja. Selepas itu hanya 5 orang yang berpeluang guna alat itu.

KELEMAHAN KELIMA. Latihan paling penting semasa kecemasan yang selalu diabaikan ialah, Latihan Mengosongkan bangunan. Berapa minit kita ambil untuk berkumpul, berkumpul di mana, DAN membuat kiraan berapa orang yang hilang. Betul2 hilang selepas tolak yg tidak datang bekerja atau tidak hadir kelas hari tersebut, yang keluar mesyuarat atau tugas luar. Tidak percaya? Cubalah buat sekali latihan ini dan pastikan bilangan yg patut hadir.

Mengapa sangat penting. SEBAB jika kita kata si polan hilang dan dia ada sakit lelah, TERPAKSA kita hantar kumpulan pencari [search & rescue]. Kemudian seorang kumpulan pencari cedera. tup tup si polan yang ada lelah tu rupanya memang tak datang sekolah hari tu!


Bangunan mesti dikosongkan dalam masa 10 minit. Itu std antarabangsa. Boleh buat? Mengapa 10 minit? Sebab dalam masa tersebut, jika kita berada di dalam asap, otak kita sudah mati! Kalau kita tidak keluar dlm masa tersebut, maknanya kita sudah mati!



Sila klik untuk bacaan selanjutnya:
http://www.nfpa.org/safety-information/for-consumers/occupancies/high-rise-buildings/faqs-about-building-evacuation

Kita menghadapi banyak kelemahan dalam aspek latihan kecemasan yg perlu difikirkan dan diambil tindakan yg wajar..

Terkini ialah kejadian gempa bumi di Ranau dan Gunung Kinabalu. Bukannya orang biasa, pihak berkuasa bahagian kecemasan pun terperangkap juga, tidak tahu apa nak buat. tup tup, tiba2 semua orang baru terfikir, guide [malim] perlu dilatih dalam aspek kecemasan.


Lepas ini semua guide gunung pun akan diajar. Inilah tandanya negara sedang maju. 


Ketua darjah [class monitor] dan Penolong serta guru-guru mesti diajar tentang kecemasan. Buat latihan bersama; guru dan class monitor. Hanya latihan kosongkan bangunan DAN latihan periksa kehadiran pelajar. Itu dulu! Jangan libatkan semua pelajar lagi. 


Tahu kah anda, dalam keadaan kecemasan sebenar akan timbul seorang hero dan heroin yg betul2 berusaha. Mereka bukan AJK atau seorang yg terlatih. JANGAN halang mereka.


Paling menarik dalam berita cetak 9 Jun, KL termasuk dlm kawasan gempa bumi. Kita tunggulah keadaannya nanti.