PAS KESELAMATAN
Pas Keselamatan atau kad pengenalan [ID] amat penting bagi kebanyakan sykt yg terdapat ramai pekerja. Ia bertujuan untuk dikenali. Kalau staf cuma ada 5 orang, kalau tak kenal juga, sendiri mau fikir lah.
Selepas dikenali, kita nak bezakan antara pengurusan, pensyarah, staf bukan akademik, pelajar, pekerja kontrak dan pelawat. Ini boleh guna kod warna, huruf dll. Kalau ada warna biru umpamanya, ini untuk pelajar master.
Dengan adanya kod warna atau huruf, ia juga bermaksud, mereka dalam kumpulan tertentu tidak boleh masuk mana-mana pejabat atau server room sewenang-wenangnya kecuali ada pengiring atau ada kebenaran khas.
Pada ID ini mesti ada nama, no pekerja, foto, Tarikh luput dll. Jika kaya ada pula no siri. Di belakang kad ada tanda tangan pegawai yg mengeluarkan, dan arahan/ maklumat...kad ini kepunyaan...jika jumpa serah kpd ....Kad ini bukan Kad Kuasa.
BUKAN SEMUA TEMPAT PERLUKAN KAD INI. Di shopping kompleks umpamanya, tidak perlu keluarkan kad ini; yg perlu hanya apabila mereka hendak masuk pejabat di kompleks ini.
Di universiti pun sama jugak. Hanya tempat tertentu sahaja yg diperlukan.
Kad ini amat penting untuk buat head count semasa kecemasan. Ada juga kad yg mempunyai pelbagai fungsi seperti mendaftar waktu masuk dan keluar pejabat, serta cara untuk masuk sesuatu pejabat. Ada kad baru boleh masuk ofis, sebab dia kena swipe pada alat di luar pintu pejabat.
Fungsi lain ialah untuk swipe semasa hendak makan di kentin. Dan ada kad 'dimatikan' selepas seseorang sudah tidak bekerja dgn sykt itu.
Pengeluaran kad di proses dgn betul. Semasa proses, segala butir pekerja dimasukan ke dalam data, termasuk no kenderaan mereka. Bagi pelawat, hari ini my kad mereka di scan, dan semua butir diperolehi segera. Ia akan banyak mambantu untuk penyiasatan dll.
PELEKAT KERETA sama fungsinya dengan kad keselamatan pekerja. 1. untuk pengenalan 2. untuk kebenaran memasuki sesuatu kawasan.
oleh itu, pelekat ini perlu beberapa ciri berikut:
1. logo yg jelas
2. ada tarikh tamat tempuh
3. ada kod warna, atau kod huruf, atau kod simbol, atau apa-apa jerlah untuk menunjukkan kereta itu boleh A. masuk bila-bila masa atau waktu pejabat sahaja, B. masuk sesuatu kawasan, C. parkir mana mana petak
4. mesti ada no plet
5. no siri....mungkin tak perlu, sebab kalau orang nak menipu dia tetap akan menipu. no siri juga menjadikan pelekat itu lebih mahal
mesti ada data base untuk memudahkan pemeriksaan
mesti ada arahan nak tampal di mana? sebelah pemandu atau sebelah penumpang, atas atau bawah. ini untuk memudahkan pengawal perhati. jika penyamar, sekali pandang dah boleh syak
logo!!! logo memberi kesan emosi yg kuat. bangga atau eksyen bagi pekerja sykt atau organisasi tertentu. kamu mesti bangga guna pelekat UM kalau kamu bekas staf atau siswa/siswi UM. cuba tenguk pelekat McDonald atau pelekat majlis peguam. atau pelekat bekas pelajar King Edward VII atau budak-budak tua MTD. Logo mereka semuanya besar!
mereka yg bertugas buat pelekat kereta, fikir-fikirkanlah.
Fungsi pelekat dan kad/pas keselamatan adalah sama!