31.10.14

Aerostat

Kita lihat isu aerostat dengan pandangan holistik [luas] dan kaitkan dengan pelbagai isu, perkara dan fakta.

1. Ahli perniagaan yg tamak terus tamak mencari duit.
2. Mereka beri rasuah kepada sesiapa saja yg patut diberi rasuah dan akhirnya, aset strategi negara [setidak-tidaknya kem tentera dan polis yg strategi] dapat dibeli.
3. Keselamatan tidak diberi keutamaan sepatutnya. Ini berlaku di mana saja dalam negara tercinta ini. Awam atau swasta. Hanya mereka yg jaga keselamatan yg sedar perkara ini. Tidak ada bajet lah, rakyat diutamakan lah, dan bermacam alasan bodoh yg kita dengar. Contoh terbaik ialah kem tentera di JB akan dibangunkan, lapangan terbang tentera di KL juga akan dibangunkan. Kompleks polis di Brickfields pun dah ghaib.

JADINYA, isu aerostat ini akan jadi isu TAIK AYAM. Sekejap lagi, diam lah tu.


Walaupun alat ini boleh cover sampai 200 km, tapi banyak lagi yang mereka ada untuk 'tenguk' kita. Alat ini akan fokus yang dekat-dekat saja seperti kem komando di Mersing, briged para di Melaka dan kem Kluang. Ini pun sudah cukup untuk kentut busuk kepada kita bila kawan baik Israel dan US ini nak gertak kita.

Seorang pembaca surat khabar yg beri maklum balas, mereka nak buat apa pun dengan aerostat tu.

Nak serang Malaysia? Tidak mungkin. Hari ini Malaysia tidak perlu diserang. Batuk sikit terus tandatangan TPPA. Batuk lagi jambatan bengkok batal, ehm ehm sikit, jual habis tanah KTMB di Singapura. Ada pula berita angin, bayaq sikit, Pulau Batu Putih tergadai.

Yang paling bestnya, dalam kita sedang menghadapi pelbagai kemelut pentadbiran dan pengurusan hingga terkejar sana dan sini, mereka akan terus teroka tanah kerajaan, akan terus buat bisnes haram, makanan haram, tipu bank, tipu rakyat, curi minyak, seludup senjata, proses dadah, bawa masuk pelacur, pendatang asing, buat IC 'original' dan bermacam lagi.

TERKINI. utusan melaporkan ada lebih kurang 30 ribu rakyat Bangladesh di CAMERON HIGHLANDS. majoriti adalah PENDATANG ASING. Soalan kita, apa ADUN atau AHLI PARLIMEN situ buat, apa JKKK, Peg Daerah, Polis dan pihak berkuasa buat?

Penguatkuasa paling bawah saman, 'penguatkuasa paling atas' akan batalkan saman sama ada suka-suka atau secara terpaksa. Makanya, penguatkuasa paling bawah akan berhenti untuk saman.....tak ada maknanya. Begitu juga dengan semua orang bawah pejabat kerajaan lain dan juga swasta. Bos ponteng kami pun ponteng. Bos order mee goreng masa mesyuarat, takkan kami tak boleh!

Akhirnya isu aerostat atau apa saja akan ditamatkan dengan ayat....kita akan ambil tindakan tegas, kita akan siasat, tiada siapa pun yg bersalah akan terlepas.....dan begitu lah akhirnya hingga Cameron Highlands terus menerus hingga hari ini jadi botak dan terus jadi botak.

Isu aerostat sebuk pada tahun 2014. Hari ini Februari 2016, kerajaan Malaysia langusng tidak kedengaran hantar surat bantahan atau ambil tindakan balas yang sikit-sikit boleh gempaq sikit negara jiran. Tak susah pun, naikkan sikit belon, atau buat pertandingan dron di pantai sudah cukup untuk gempaq jiran kita.

Dan jika pihak tentera mula buat kubu [pill-box] sepanjang pantai dan sungai serta buat kem-kem kecil atau pos-pos keselamatan pun sudah memadai. Dan kalau tidak ada duit, buat lah eksesais tentera, JPAM, polis, atau apa saja sepanjang pantai berkenaan.

Bukannya kerajaan Malaysia tidak ada telor, tentera dan polis serta semua yg berkenaan pun tidak ada telor juga.

Buatlah eksesais secara terang benderang, maklum kepada ahli-ahli politik Malaysia yg cerdik medik tu, kita nak buat latihan kecemasan. Jangan beritahu ahli politik yang cerdik itu apa agenda kita sebenarnya. Mereka tidak akan faham sebab mereka hanya kerja suku penggal sahaja. Lagi suku pertama dan suku akhir mereka berkempen. Suku yg tengah dok sebuk buat duit. Jadinya hanya tinggal 1 suku untuk fikirkan tentang negara.

Kalau semua kakitangan kerajaan sedar dgn ahli politik yang satu suku ini, senanglah kita kerja.