1.9.14

Ancaman Keselamatan Oleh Pendatang Asing

pendatang asing sama ada yg sah atau tidak sah boleh menjadi ancaman keselamatan

asas keselamatan yg selalu diutarakan ialah: anggap semua orang sebagai suspek, anggap semua orang boleh jadi ancaman atau berpontensi menjadi ancaman

pada pendapat saya pencuci [cleaner], pengawal dan buruh am negara asing ini mungkin diserapi oleh perisek luar negara

saya teringat sebelum Jepun menyerang Tanah Melayu, orang Jepun sudah berada di merata tempat dalam negeri, daerah dan kampung. mereka hanya membuka kedai basikal dan tukang gunting. apa tugas mereka pada masa itu jika tidak mencari maklumat. SAH! Jepun bergerak menggunakan basikal dalam Tanah Melayu dan mereka tahu selok belok lorong untuk terus mara

hari ini, mereka [pencuci dan pengawal] berada di mana-mana tempat penting serta di rumah menteri, rumah ahli korporat. siapa mereka dan dari mana, tak perlulah dibincangkan di sini. ada juga yg berniaga kecilan di setiap lorong pada waktu malam. apa tugas mereka sebenarnya? cari makan atau cari maklumat?

setidak-tidaknya mereka akan kenal siapa SB yg ada di kawasan mereka. itu sudah cukup baik....



mereka bebas memasuki kawasan terkawal berbanding saya sendiri.anda pernah pergi ke Putrajaya? Rumah MB? Pejabat CEO petronas, maybank, GLC, sasaran penting......

Pejabat Keselamatan di JPM perlu keluarkan peraturan paling ketat SEGERA. hanya rakyat tempatan yg perlu ada di semua pejabat kerajaan di Putrajaya.bayar lah gaji mereka berapa ringgit pun!

Setiap Menteri, Ketua Polis Negara, Panglima Tentera dan Ketua Pengarah MESTI diberi seorang pembantu rumah yg dibayar gaji oleh kerajaan.

Wahai pembaca sekelian, mohon maklum rasa risau ini kpd mereka yg sepatutnya rasa risau. Peristiwa di Lahad Datu merupakan 'amaran awal' bagi mereka yg sensitif dan berkuasa! kita hanya boleh membebel di sini saja lah.