8.9.14

Teknik Meronda

Apabila pengawal meronda, salah satu benda yang mereka akan nampak ialah motorsikal yang diletakkan merata tempat. mahu BERI AMARAN PERTAMA. Tak payah lah. sebab semua orang sudah tahu ini bukan sahaja salah, tetapi memang tak patut letak motorsikal merata tempat.

Mengapa?

  • Halang laluan pejalan kaki atau laluan orang buta.
  • Halang laluan kecemasan terutama untuk pihak bomba bertindak.
  • Memudahkan kerja peragut.

Apa nak buat jika empunya motorsikal datang merayu. Jawab dengan sopan, maaf encik saya menjalankan amanah orang ramai dan menjalankan tugas saya.

Jika kita beri amaran atau ampunkan beliau, sampai bila pun masalah ini tidak akan selesai.
Meronda dengan efektif bermaksud melaksanakan semua tugas keselamatan dalam satu masa. Menentukan keseluruhan keadaan dalam keadaan selamat. 1. Bersedia fizikal dan mental. 2. Tahu apa tugas seorang peronda 3. Tahu apa tindakan yang akan diambil 4. Tahu apa sedang berlaku di kawasan rondaan [ada majlis ke, ada renovasi ke, pejabat sepatutnya kosong ke, ada berapa orang yg dibenar bekerja, sepatutnya berkunci ke, sepatutnya tidak ada kenderaan ke, semua lampu dan aircond sudah dimatiakn]. 5. Tahu menjaga keselamatan diri 6. Apa tindakan yg mesti diambil jika sektor sebelah ada kecemasan. 

Meronda Siang dan Malam mempunyai beza besar. Pada waktu malam, keselamatan pengawal perlu diberi perhatian utama. Kemalangan, dipatuk ular, diserang oleh penjenayah atau jumpa hantu. he he he. Betul kan? Makanya, jika boleh pergi ronda 2 orang, sekurang-kurangnya ada lampu suloh, ada walkie talkie.

Vest pantul cahaya juga amat perlu. Kenapa? Sebab dari jauh penjenayah boleh nampak kita dan harap2 mereka akan lari. Penjenayah ini jika terkejut mungkin akan serang kita.

Pada waktu malam selalu berlaku musibah kebakaran, banjir, rompakan dll. Pengawal kena tahu apa nak buat dan siapa nak dihubungi.