20.7.14

Israel officers

According to non official report, to date 50 of israel [zionist] soldiers were slaughtered in Gaza and one was taken alive.


This will demoralise zionist soldiers one way or another. Regardless of the fire power the zionist terrorist soldiers have, ONE soldier taken away is good enough for what ever reason.

may Allah give guidance to the zionist.


TODAY, 2 more zionist soldiers were killed.

In Paris it was reported by the JEWS BULLETIN, the Palestinian have MURDERER MIND, however, since 1947, the MURDERER are but the jews who are the real terrorist in this world. Wonder why large countries like France UK and US are so gutless when dealing with the zionist.


May God give hidayah to people of israel.


Latest news, zionist so called intelligence officers was killed by palestinian who was wearing israel uniform. let us see what eygpt america and UK will respond to this. US state secretary said israel are stupid but when ask to confirm about this, he said, he strongly support the israel. Joke a side gentlemen. dont laugh. he doesnt want to be stamped as anti semantic

May Allah give hidayah to the zionist soldiers.

Today in world news [17 Oct 2015] Obama called both parties to stay calm. This guy should take over the role of Trevor Noah instead, because he is worst than Bush and Blair by any standard and norms. Yesterday Obama said, US soldiers will stay put in Afghanistan. So be it. In Asia we say this person is 'licking his own saliva after spitting it out'. 

The whole world know that if US stop assisting israel zionist regime, the whole world will become be very peaceful. 

https://www.youtube.com/watch?v=noln8nx43Sk

2.7.14

Kelemahan Polis Bantuan

Kekuatan atau kebaikan paling ketara ialah PB nampak lebih segak dan pandai kawad. Itu yg paling nyata. Yg kita tidak nampak...disiplin mereka bertambah baik..betul ke?

Namun begitu setiap organisasi dan profesyen mempunyai kelemahannya sendiri. Ada masa kita sendiri tidak sedar dan tahu kelemahan kita sebenarnya. PB tentu tahu kelemahan mereka, cuma ada suara yg berkata ....lantak la atau letih la...dah tak tau nak buat apa lagi dah dgn anak2 buah ni!

InsyaAllah kelemahan ini boleh diatasi.

Jika dihayati betul-betul dalam Arahan Keselamatan dan juga Panduan Keselamatan, kita akan faham focus mereka ialah untuk kawasan atau tempat terkawal, lebih senang faham kalau kita tahu sasaran penting, dan protected areas. Zaman dulu Telekom hak kjaan 100%. 

Telekom atau instalasi perhubungan begini amat penting bagi sesebuah kjaan/negara. Jika musnah besar kesannya. Sehingga ia ada Askar Wataniah dan Polis Bantuan. Hari ini sudah berubah. Kita ada macam2 syarikat komunikasi. Di sinilah PB jadi amat penting. 

Apa yg berlaku sekarang ini mungkin agak rumit sedikit. Baru2 ini ada kawan saya kata 'mereka yg tak layak' pun bawa senjata api ke hulu ke hilir. Ini amatlah merbahaya kpd keselamatan negara! Ini belum kira yg berbadan gah pakai uniform PB tapi tak pernah hadir kursus. Kad PB pun tak ada. Ini berpunca dari kewujudan PB yg terlalu banyak, baik organisasi serta orangnya, wallahualam.

Di dalam kampus, ada juga 'sasaran penting' dan 'protected areas'. Bangunan canseleri, bangunan ICT, dan tempat-tempat lain perlukan Pengawal Bersenjata [jika perlu] atau Polis Bantuan [jika mahu]. 

Jika kita lihat di Mid Valley, Sunway dan di Mines, Polis Bantuan dah jadi macam JAGA. Kesihan tenguk PB  tugas jaga escalator. Bagi orang awam yg tidak dpt bezakan polis dan PB tentu fikir ooh.. di KL polis jaga tangga!

Prof Harith dari UM yang ternama itu pernah berkata, the campus is not a military camp or a police station.  Kampus sepatutnya nampak bebas macam kompleks beli belah, TETAPI beberapa kawasan adalah kawasan larangan dan PERLU dikawal. [freedom of movement is one of security principles]

Jadinya, biarlah PB fokus di tempat yg sepatutnya, bukan di merata ceruk. Mewujudkan PB bukan satu pencapaian yg paling besar kpd organisasi anda. Nanti bila kewangan organisasi anda mula kering....baru anda tahu. Bajet 2016 dikaji semula; kesannya sampai juga kpd PB. Kursus, logistik, pengambilan sudah turut terjejas. 

Janganlah PB diberi tugas perimeter, manakala yg bukan PB kawal tempat2 yg sensitif. Sebenarnya tugas perimeter ini hanya untuk mereka yg tidak akan jadi PB. 'Ketua Polis' kena turun padang dan jangan biarkan individu tertentu agihkan tugas yg selesa kpd 'kawan-kawan' mereka.

Maknanya PB patut ditugaskan di ibu pejabat syarikat, pos pengawal di jalan utama, dan pusat teknologi maklumat. Jangan lupa stor utama dan barang lusuh. Begitu juga mereka yang menguatkuasakan trafik; PB mungkin akan lebih berkesan.

Semua PB tahu PB ialah  Pengawal Keselamatan yang diberi kuasa Polis di kawasan yg telah dinyatakan. Cuma harapan orang terhadap PB itu tinggi. Jangan orang kata macam gagak pulang ke benua. Pergi hitam, balik pun hitam. maksudnya...tiada beza dulu dan sekarang!  

Polis Bantuan amat bagus, tetapi kita perlu lihat kelemahan perancangan keseluruhannya dan perbetulkan apa yg patut.

pertama [1]  lihat semula apa ancaman keseluruhan termasuk setiap kawasan, instalasi, bangunan dan apa pula tugas dan tanggungjawab mereka yg sepatutnya. Apa kah maklumat, pengetahuan dan kemahiran tambahan yg perlu atau baik ada. 

[2] Kos menubuhkan PB  ini tinggi. Lebih tinggi bila mereka yg sudah ada 'lesen' lari ke tempat yg menawarkan gaji yg lebih tinggi atau kerja yg lebih selesa atau lebih releks. Kos selenggara PB juga amat tinggi. Ini tak perlu diperinci. 


Individu yg mencetus idea ini sepatutnya dengar pandangan semua. Sudah dinyatakan awal dulu...pilih di mana perlu PB, berapa orang perlu. Jika semua jadi PB berapa kosnya berbanding % yg bukan PB. Jika 100% jadi PB, apa nak buat dgn 'orang lama' yg lebih berkualiti tetapi dikekang oleh kriteria umur dan akademik. 

Salah satu prinsip keselamatan ialah: 


IMEJ KESELAMATAN. Keselamatan adalah satu imej. Ia bukan benda main-main. [3] Ada masanya imej anggota dan pejabat/jabatan keselamatan sebenarnya tidak baik, cuma orang ramai malas nak cakap apa-apa.

[4] Kursus Lanjutan. Semasa mereka hadir kursus asas, mereka tidak diajar keselamatan gudang, keselamatan bank, pelabuhan, lapangan terbang atau ladang. Ini bermakna, majikan mesti meneruskan kursus/latihan yang berkaitan rapat dengan keperluan masing-masing. Klik sini   http://securityandsafety.blogspot.com/2015/05/peniaga-tipu.html


Ada juga komen PB hanya seperti pak pacak. Dia tak tahu atau tak ambil tahu apa yg berlaku di sekeliling dia. Kalau ditegur dia akan jawab, "saya nak buat apa ni jan?" [Sarjan = 'jan'] atau "boleh ambil tindakan ke jan?" Dan kalau disuruh pergi lihat tempat kejadian atau dia memang berada di tempat kejadian, dia akan tanya, "mcm mana nak buat laporan jan?" Kadang2 si Sarjan itu sendiri pun kelabu asap jugak.

"Pos Kosong". Ada juga PB yg

duduk diam2 dalam pos cermin gelap. Kenderaan bebas untuk keluar dan masuk. Dia seperti dibayar gaji dan ditugas untuk menonton. Sekali sekali dia berdiri dan pemandu hanya perlu senyum dan angkat tangan. Masa terdekat akan ada signage di pos tersebut, "please wave" [sila lambai].

[5] Isu Melepak. Ini sudah jadi budaya bila ada 2 orang atau lebih di sesuatu kawasan. Seorang dua akan 'hilang' dan join geng melepak di tempat2 tersorok.  Melepak dan merokok dengan bepakaian lengkap  menjejaskan imej tuan dan PDRM sendiri. 

[6] Budaya Lama. Mujur yg sakit dan yg tua tidak diserap jadi PB. Jika tidak budaya ini jadi lebih parah. 

Bagaimanapun, lapis kedua akan mula besar kepala. Orang lama tidak tahu atau malas nak selia, maka lapis kedua akan jadi lebih malas dan lebih besar kepala. Antara budaya lama mereka ialah mencuri, mengendap, ugut, datang lewat balik awal, hilang semasa bertugas [ambil anak, ambil isteri, makan tengahari, rehat].


Masuk mana2 kawasan yg ada PB, hanya seorang yg ada di gate. Yg lain akan duduk dlm pos yg bercermin gelap. Bila yg bertugas itu seorang, maka banyaklah kereta dan motor dilepas masuk. Ada juga [tidak banyak], semua pengawal duduk dlm pos. Sebenarya, berapa orang yg patut bertugas di sini dlm satu masa?


[7] Salah satu kelemahan PB ialah mereka yang tiada rekod 


jenayah tetapi memang mempunyai kes
kes ugut pendatang, ugut kontraktor dan mencuri di dalam kampus tetapi terlepas juga jadi PB. Ada juga yang pernah ditahan di pusat tahanan Angkatan Tentera [bekas banduan] terus dibenar bertugas. Mereka ini amat merbahaya dalam segala sudut. 

Kelemahan di atas dilakukan oleh segelintir saja. Kesan negatifnya pula amat besar. Ia boleh jejaskan prestasi individu yg ingin kerja betul.


Orang paling utama untuk di 'tackle' ialah ketua2 kecil PB. Koperal dan Sarjan. Jika mereka bagus, baguslah keseluruhan PB tuan. Jika mereka kaki sembelit... lihatlah sendiri. Mereka ini perlu dilatih dan diajar kemudian diselia dengan rapat. Beri 'hadiah' dan hukum.


Orang kedua ialah pegawai-pegawai PB. Jika mereka juga sekongkol, sama-sama kaki mengular, sembur racun serangga kepada mereka ini dulu. He he he gurau je.


Satu fakta penting; bukan semua orang boleh jadi PB. Nak tegur takut, nak tanya takut, nak cakap takut, nak mengadap bos takut, nak tahan kereta pun takut. TAKUT. Yg kedua ialah amanah. Yg ini kena tanya diri sendiri.


PM Najib banyak kali utarakan 'kesederhanaan'. Begitu juga dengan ajaran Islam. Sepatutnya kita fokus semula, kaji semula. Di mana sangat perlu ada PB dan di mana kurang perlu dan di mana tidak perlu langsung. Di mana perlu tegas di mana boleh releks. Keseluruhannya kita akan jimat tenaga, wang dan sumber.


Produktiviti, performance dan disiplin boleh dipertingkat dengan menyusun atur semula keanggotaan dan penugasan. Asasnya mudah sahaja. Berapa jam kah Sarjan Kpl dan konstabel PB betul-betul bertugas dalam satu syif.



Universiti Malaya telah tamatkan khidmat pengawal swasta secara berperingkat dan telah jimat duit universiti 1 juta ringgit setiap tahun. Tak ada pun masalah pengawal tidak cukup. Masa yg sama OT mereka banyak dicantas. Semua atas perancangan pegawai2 yg bijak, kecuali sedikit nyamuk kesatuan yg masih tidak faham pengawal keselamatan tidak tertakluk di bawah Akta Kesatuan.

penyelesaian. setiap pegawai dan 'penyelia' PB mesti digerudi betul-betul supaya mereka ini ada pengetahuan, ilmu dan sikap yg betul sesuai dgn uniform yg mereka pakai.


Hari-hari kena tenyeh mereka ini supaya kerja. ada yg kata cara polis lain dgn cara askar. apa-apa pun matlamatnya ada dua, disiplin dan hasil. kalau jadi under cover memanglah perlu selekeh. tetapi kalau pakai uniform?


Kalau ada disiplin tapi kurang berhasil boleh tahan lagi.


Apabila pegawai dan penyelia ini 'panas pungkok' barulah mereka nak kerja.


Cara terbaik untuk gerudi mereka ini ialah dengan menggunakan telefon. setiap sejam suruh mereka call 'ketua polis'....melapor. Ini nombor tel ketua syif Universiti Malaya.. 017 690 623x3. Kalau bukan ketua syif yg angkat, maknanya nombor ini telah di curi oleh bekas pengawal!


Jangan suruh guna walkie talkie untuk melapor. ada 1001 alasan yg mereka akan bagi.  Satu lagi kelemahan am ialah keselamatan maklumat. Terdapat orang lama yang fikir dia patut tahu semua perkara. 'Keselamatan' tidak kerja macam itu. Tahu kah kita bahawa anggota polis biasa tidak kenal mana satu SB. Tidak tahu apa projek yg mereka sedang buat dan lain-lain. 


Sila klik di sini untuk pertanyaan terus

samb...klik kat bawah ni


http://securityandsafety.blogspot.com/2015/06/polis-bantuan-masalah.html


Selain dari isu-isu di atas, kita ada juga apa yang disebut sebagai martabat 'orang keselamatan'. Kita sebagai anggota, perlu jaga imej diri kita sendiri kerana dari situlah orang akan hormat kita. 

Ini adalah info tambahan saja. Bagi mereka yang bertugas di utara semenanjung, jika berpeluang bawalah famili berjalan-jalan ke Selatan Thai. Saya pernah ke sana dan berkongsi panduan bejalan-jalan ke Hatyai di sini. 

1.7.14

SOP Keselamatan

Menyediakan SOP antara kerja yang senang dengan susah. Ringkaskan; kalau nak beli e-book panduan buat SOP dgn contohnya sekali: credit 15 Rgt ke maybank 1080 5622 6262 dan whatsapp kat saya 019 275 0075.

Matlamat kita; lengkap, mudah difahami, tidak timbulkan konflik dan komen yang tidak berasas, tidak terlalu tebal atau terlalu nipis.  

SOP ini perlu dikemaskini selalu supaya boleh diguna pakai. Contohnya jangan buat arahan penggunaan cota walhal kita sudah guna pedang samurai semasa meronda. He he he...gurau jer.
SOP ini perlu dibahagikan kepada beberapa bahagian. Yang pentingnya ialah bab struktur organisasi sebab kadang-kadang akan ada suara mempersoal, dia kena lapur dengan siapa. Siapa ketua dia sebenarnya.

Bahagian awal kena terang kan hal-hal disiplin atau tatatertib secara am yg terpakai dalam semua keadaan. 

Contohnya tentang pakaian. Kena pakai kemas lah, lengkaplah, bersih dll. Jadinya, bab pakaian ini tidak perlu untuk disebut semula dalam bab bab lain seperti semasa meronda, semasa berkawal, semasa itu dan semasa ini. Begitu juga dalam hal merokok [termasuk vape, curut dan paip....orang kita loyar buruk sikit]. Terkini tentulah isu penggunaan alat elektronik...telefon, ipad, game dll.

Kemudian kena sebut tugas dan tanggungjawab setiap jawatan dan setiap tugas. Contohnya, tugas Penyelia lain, tugas Ketua Syif atau ketua bertugas lain. 

Seorang yang berjawatan Penyelia, boleh bertugas sebagai seorang Ketua Syif atau Ketua dalam sesuatu aktiviti. Tugas Pengawal Keselamatan lain, tugas Pengawal yang sedang bertugas di pos lain pulak. Itu sebab SOP kena spesifik. 

Kemudian bab kemalangan, bab kebakaran, kecurian dan kecemasan lain.

Jangan lupa bab cuti. Walaupun ia tercatit di dalam Perintah Am tetapi ia tidak se teliti seperti dalam Employment Act. 


Dalam akta ini disebut jika sakit kena maklumkan si polan dalam masa berapa jam. Dalam Perintah Am ada disebut MC ialah sijil cuti sakit yg ditandatangan oleh doktor kerajaan atau dr penal tertentu. Makna kata, staf tidak boleh diberi cuti sakit sewenang2nya hanya dengan menghulur  MC kepada pejabat. 

Dan dalam Perintah Am ada sebut....jika sakit mesti berada di hospital atau di rumah. Kalau si polan kata dia sakit tetapi balik kampung atau pergi jalan-jalan, anda tahulah apa masalahnya. 

Jangan lupa Ketua Jabatan ada hak untuk meluluskan atau tidak MC itu. Kalau dia kata potong cuti tahun...itu adalah hak dia yang jelas di dalam Perintah Am. Dalam bahasa inggeris disebut "he may approve". bukan kata "he must approve". Bahasa Melayu kata dia boleh...bukannya dia mesti.... 

Ini baru sikit saja bab undang-undang dan polisi yang kita kena faham dan tahu semasa menulis SOP. Makna kata, SOP kita sentiasa perlu diperbaiki [dikemaskini].

Bagi Polis Bantuan pula, kita kena masukkan apa-apa bahagian undang2 yang kita fikir perlu diingatkan. Contoh; ada undang2  kawasan dan tempat dilarang merokok. Tetapi di masjid tetap ditampal lagi peringatan ini. Maknanya walaupun akan ada orang komen cakap "tak payah lah...", kita perlu masukkan juga sebagai peringatan.

Semua ini akan ambil masa hendak buat, tetapi amat baik sekali, siap 10 muka terus saja digunakan. Bos kena sign untuk jadikannya Arahan yang sah. Kemudian tambah dan betulkan setiap bulan atau selepas setiap sesuatu kejadian. Jangan tunggu hingga siap sepenuhnya kerana silap-silap ia tidak akan siap. SOP sementara yg sah ini ada yang catit di atasnya sebagai 'provisional'.

Ada pula suara busuk cakap Ketua Jabatan tidak boleh sign SOP itu. Oleh itu minta bos paling besar dalam organisasi Tuan untuk keluarkan surat memberi kuasa kepada Ketua Jabatan mengeluarkan arahan yang sah [lawfull command].



Amat penting SOP mesti di 'review' dan dibaiki/tambah selalu. 

Untuk pengetahuan, bab SOP ini terdapat dalam Perintah Am Kerajaan Malaysia. Katanya setiap Ketua Jabatan mesti menyediakan tugas dan tanggungjawab setiap individu dengan jelas. Ketua Jabatan mesti sentiasa buat rombakan struktur organisasi Jabatannya mengikut keadaan. MALANGNYA, ada orang yang tidak faham dan terus komplen hingga kepada ayah pin!

Ketua Jabatan...di dalam Perintah Am bermaksud......sila baca sendiri.

KEGUNAAN SOP. Bila berlaku sesuatu, orang akan cari kepala. Kepala kecil hingga besar. Pada masa itu SOP boleh membantu di mana terdapat unsur cuai atau lupa pada diri kita.



TAK BACA SOP. Ini adalah kezaliman bagi pihak kita jika 'mereka' tidak baca sebab SOP tidak ada di setiap lokasi. Ini hal yg membuatkan kita banyak kerja. Ada bermacam cara; 

Setiap hari masa baris, ketua akan ingatkan itu dan ini. Hari2 mesti berbeza. Tapi MESTI CATIT dlm log book. 

Kedua. Buat ringkasan perkara2 penting dlm satu muka surat...bersesuaian dgn setiap pos/lokasi. Maknanya di pos utama, SOP dia hanya ada sehelai utk pengawal baca. Jangan lupa tulis...ini hanya ringkasan. Sila baca SOP sebenar di...

Last Sekali. Penyelia kena tanya dan pasti pengawal tahu. "kamu tahu tak apa nak buat jika ada berlaku pencerobohan?" "Tak ingat encik". "Pergi baca sekarang apa yang tertampal depan hidung kamu tu". Inilah salah satu kerja Penyelia Keselamatan. Check check check!

Akhir sekali, SOP bukannya rahsia. Jika boleh, masukan dalam website jabatan dan jika boleh ia hanya boleh dibaca oleh staf.


Dengan cara ini, banyak isu tak dapat, tak baca, tak faham boleh diselesaikan.


Kursus SOP. Bukan kursus sebenarnya! Setiap kali kita buat kursus dalaman, peruntukkan 1 jam untuk meneliti SOP. Lama2 akan jadi budaya, 


"Hang  tak baca SOP ke?, kita kan kena mohon cuti 7 hari sebelum!  Nasib hang la kena duty hari raya ni!" 

Jika di tempat kerja orang dah cakap macam ini, SOP anda sudah berjaya. Tetapi jika tuan mahu laksanakan kursus sebenar, saya kira 2 ke 3 jam sudah memadai. Call.... insyaAllah saya akan bantu.

Dalam masa terdekat saya akan bantu MALSEC untuk buat kursus SOP ini, insyaAllah.

RAHSIA SOP TERBAIK. Anda kena faham tugas-tugas dan keadaan keselamatan, pentadbiran, pengurusan dan logistik dengan mendalam. Anda kena faham akta2 tertentu, arahan2 serta polisi sedia ada. Ini amat mustahil! Maknanya, kita kena rujuk kpd orang lain isu yg kita sedang SOPkan. Jangan ia bertentangan dgn polisi, akta dll; kerana ini akan menjadikan ia tidak sah.




Mahu dapatkan e book ini? Wassap saya.

Jika ingin adakan kursus penyediaan SOP, sila hubungi 019 275 0075 atau emel  noormohamad0075@gmail.com 



Sila klik di sini untuk pertanyaan terus

Klik juga:
http://securityandsafety.blogspot.my/2015/08/kursus-penyelia-keselamatan_12.html