16.4.14

Pengawal Perempuan

Ada masa kita perlukan pengawal perempuan, tetapi pada kebanyakan masa, kita tidak memerlukan mereka. Kita bukan anti pengawal perempuan.

Jika difikirkan, mereka diperlukan untuk pemeriksaan badan perempuan, bilek perempuan, mengiring VIP perempuan, dan bertugas semasa pengawal lelaki pergi solat Jumaat.

Pada amnya, untuk menugaskan perempuan bertugas pada waktu malam, memberi risiko. Jika terpaksa juga sebab kekurangan pengawal, mereka akan bertugas di kaunter 24 jam atau di bilek kawalan komunikasi.

Ada inisiatif lama sebenarnya, pengawal perempuan dijadikan penyambut tetamu  seperti di HQ Telekom. Mereka tidak pakai uniform spt pengawal biasa. Kalau bank dan setengah tempat tiru cara ini pun ok jugak. Difakulti pergigian UM, mereka bertugas di kawasan pesakit mendaftar. Mereka ini berkesan sebab mempunyai sifat mesra pelanggan. Sebelum itu ada juga pengawal perempuan, tetapi panas baran.

Di IJN saya lihat ramai pengawal perempuan bertugas di beberapa lokasi.
Sebagai perempuan, mereka banyak 'tugas' PR dan khidmat pelanggan. Ini perlu difikirkan. Depa kena bagus Inggeris dan very very basic chinese n indian language. 3 atau 4 perkataan for a start.

Ada guard perempuan amat bagus, tapi kena pertimbang pelbagai perkara. Bila dah berkawin, dah berumur, dan isu kesihatan pun nak fikir jugak.

Makna kata kita kena ada pengganti. Kena buat plan yang terperinci. Paling utama, bila orang baru masuk, dia ubah benda ini atau tak ambil pot langsung. Ini banyak berlaku.

Kesimpulannya, setiap perkara ada positif dan negatifnya, dan kita perlu buat pertimbangan yang terbaik. Apa-apa pun, mereka juga memerlukan kerja.

BOLEHKAH PENGAWAL PEREMPUAN BERTUGAS PADA WAKTU MALAM. Mestilah boleh macam perempuan yg berkerja di kilang, polis dan tentera. Ada juga Kesatuan yang 'gatal' yg tidak benarkan. Pada awalnya mereka sudah tahu pengawal dikehendaki bertugas pada waktu dan masa yg tidak sama dgn orang lain.

Cuma yg telah dinyatakan di atas..isu keselamatan mereka. Jadi kita kena pileh tempat yg selamat dan yg sesuai.

13.4.14

Keselamatan Sekolah

Keselamatan sekolah amat penting. Malah semua tempat pun sama juga.

Saya melihat satu pendekatan di mana sekolah dibenar menggaji orang secara kontrak dan ditugaskan sebagai petugas am. Kawal trafik, kawal gate, dan meronda kawasan.

Jika buat begini, sekolah tidak perlu ada lesen keselamatan sebab ini ialah orang sendiri. In house guard tidak perlukan lesen.

Bab latihan, banyak oraganisasi dan individu yg boleh lakukan.

Apa kebaikannya? Komitmen, kesetiaan, dan paling penting gaji! Mengapa gaji? Sebab kalau guna syarikat keselamatan, 30 atau 40 % dari yuran perkhidmatan akan masuk poket  syarikat. Selebihnya baru pergi kepada pengawal.

Pemilihan pengawal bagaimana? Biar pihak sekolah berkuasa penuh untuk hiring and firing. Lepas tu tak ada lagi komen komen dan tuding tuding jari. Nak suruh PIBG pun ok jugak.

Gaji siapa bayar? Guna peruntukan sedia ada.

Siapa yang sesuai jadi pengawal sekolah. Siapa-siapa yg pihak sekolah fikir sesuai. namun mereka mesti lulus negative vetting Polis atau KDN.

Sebuah taman perumahan di Seremban [Lavender Height] telah mula guna khidmat RELA untuk kawal kawasan rumah mereka. Ini satu langkah permulaan yang amat baik dan amat tepat. Anggota RELA sudah terlatih, sudah ada uniform...apa lagi yg kita hendak? Tapi saya dapat tahu, kena buat permohonan di peringkat negeri.

Kesimpulannya, bila sekolah diberi power untuk kawal PEKERJA AM ini, maka keadaan akan berubah [kecuali sekolah itu sendiri yang tidak mahu berubah]. Dalam jangka panjang, pencuci dan tukang kebun juga boleh dibuat konsep yang sama. Negara akan jimat, pekerja akan happy sebab pendapatan mereka bertambah [bertambah sebab 100% untuk mereka dan bukan lagi kpd syarikat].

Bersambung...
http://securityandsafety.blogspot.com/2014/12/keselamatan-sekolah.html

Kursus Pengawal Keselamatan 2

Saya perhatikan, kandungan kursus ini sama saja. Samada terlalu ringkas atau terlalu teori. Cukup setakat itu.

Saya selalu tanya, encik ajar seolah-olah kami ada kuasa untuk ubah sikap pengurusan terhadap keselamatan. Encik pun tahu, pengurusan buat itu dan ini, kemudian suruh kita jaga. Kalau melawan atau komplen.....mau kerja ka tak mau kerja. hahahaha.

Kita perlu lebih realistik dan pragmatik untuk mengajar pengawal sebab mereka ini sudah berpengalaman. Zaman bercerita teori, prinsip, cara ronda, cara itu dan ini akan menjadi bahan gelak jika kita tidak berhati-hati.

Bagi saya, selepas saya mendedahkan teknik-teknik pengawal memonteng, menipu serta cara mencuri akan memberi kesan hormat bahawa kita bukan orang teori. Kita cakap yang benar bahawa tugas mengawal itu tinggi darjatnya walaupun pada orang ramai, pengawal dipandang hina.

Tidak kira kamu pengawal sekolah, kilang, atau apa saja. Kamu tetap pengawal.


noormohamad0075@gmail.com 019 275 0075

Kursus Penyiasatan [Investigation Course]

Saya KURANG SETUJU apabila ramai staf pergi kursus penyiasatan di mana seolah-olah mereka ini akan jadi Pegawai Pendakwa [PROSECUTING OFFICER] di mahkamah.

Kita tahu PEGAWAI PENYIASAT itu siapa. Apa dan di mana sumber kuasa dia. Kalau dia dan staf2 dia hadir kursus ini OK lah. Pegawai, Penyelia dan Pengawal Keselamatan hadir kursus ini nak buat apa?

Saya terbaca/terlihat slaid kursus penyiasatan dalam internet; ia seolah2 ingin mencari bukti paling konkrit untuk sabitkan suspek ke mahkamah. Pada saya ini matlamat yg songsang. Kita menyiasat untuk cari fakta, untuk cari 'jalan cerita' keseluruhan yang paling tepat.

Dari situ kita tahu kelemahan kita, dan bagaimana untuk elak dari berulang. Bukan untuk hukum seseorang.

Kalau nak hukum sesesorang, kita orang biasa tidak perlu pergi kursus siasatan begini, sebab tugas siasatan begini bukan skop kita. Silap2 kena tengking sebab menyebuk dengan kerja orang lain.

Pihak tertentu perlu merencana modul Kursus Penyiasatan yang lebih relevan dengan korporat. Kita tahu syarikat mana pun akan elak untuk libatkan dengan pihak berkuasa dan akan cuba selesaikan di peringkat dalaman kecuali betul-betul terpaksa. Kalau kes itu kes jenayah, tentulah mereka tidak fikir panjang, mereka sendiri akan lapor kepada pihak berkuasa.


Wallahualam.