21.1.18

KESELAMATAN MASJID


Assalamualaikum, antara sebab masjid dan rumah selalu jadi mangsa curi ialah kerana bilangan penagih dadah yg semakin ramai. kerja banyak, cuma mereka yg malas, memilih kerja atau entah apa sebab lain, kita tidak pasti. Oleh itu, pintu rumah; walaupun kita ada dlm rumah mahu di grill dan di kunci selalu. Begitu juga dgn masjid. Tak selesa betulhidup macam ni. Kereta dalam kawasan rumah pun ada yg di pecah. 



Kalau di kg, pisang atau mangga atas pokok pun dia rembat jugak. 




Agaknya kalau Presiden Filipina ini Rodrigo Duterte bertugas sekejap di  Malaysia, baru masalah ini boleh diselesaikan. 




On Friday, Philippine drug enforcement agency chief isidro Lapena claimed the drugs war has been successful. He said that 1,308,078 drug suspects had surrendered and 2,246 tons of illegal drugs had been seized by authorities since Duterte took office.

Dan lebih 7000 orang penagih dan pengedar dadah telah dibunuh pada pertengahan 2017.


Oleh kerana kita negara Islam,  pendekatan kita berbeza.


Masalah dadah ni sukar nak selesai mungkin sebab gejala rasuah dan pendidikan. Orang yg tidak terpelajar dan tidak terdidik ni lain. Kadang2 ada orang terpelajar, tapi sebab kurang didik, dia pun guna dadah, merokok, terima rasuah dan macam2 lagi.

KECURIAN DI MASJID

Ada 2 isu; mahu halang dan/atau mahu tangkap. Nak tangkap ni susah sikit berbanding mahu halang. Tangkap ni leceh sikit sebab nanti dia masuk semula kg kita dan mengganas.


Masalah dadah ni sukar nak selesai mungkin sebab gejala rasuah dan pendidekan. Orang yang tidak terpelajar dan tidak terdidek ni lain. Kadang2 ada orang terpelajar, tapi sebab kurang didek, dia pun guna dadah, merokok, terima rasuah dan macam2 lagi. 


Isu dadah ni penting  sebab kalau tak ada dadah tak ada kecurian. Ya betul....bukan semua.


KECURIAN DI MASJID


Ada dua isu;  mau halang dan/atau nak tangkap. Nak tangkap ni susah sikit berbanding mau halang. Tangkap ni leceh sikit sebab nanti dia masuk balik kg kita.





Niat nak pencuri memang di luar kawalan kita. Tapi dlm hal peluang tu, kita boleh kurangkan peluang untuk mencuri. Maknanya peluang tertangkap tinggi dan peluang terlepas susah.


Tertangkap ni termasuk tertangkap gambar pencuri atau gambar motorsikal dia. Dpt gambar pun sudah memadai sebenarnya.


Dari segi kemampuan....jadikan susah untuk dia curi. Kalau pasang grill, dia boleh ceroboh dgn mudah. CONTOH!


Kita boleh lapangkan kawasan yg akan jadi sasaran, jadikan masjid kawasan tumpuan sepanjang masa, peti wang selalu dikosongkan, sukarkan untuk orang ceroboh kawasan solat muslimah, mudahkan orang lihat kawasan keliling, dll. Sebab dlm konsep CPTED, kita boleh nampak orang dan orang boleh nampak kita.


Dan kemampuan nak larikan diri pula susah dan leceh. Bila leceh...dia pun malas nak mencuri di sini.


MODUS OPERANDI PENCURI


Modus Operandi ni adalah trend. Kalau memancing kita tahu bila banyak ikan, di mana lubuknya, umpan apa yg dia suka, mata pancing jenis apa, joran macam mana, dll.


Begitu juga dgn nak kenal pencuri...AJK kena dapatkan fakta tentang bila kejadian kecurian berlaku, kawasan mana, apa yg hilang dan siapa sasaran mereka.


Jika kita boleh tahu atau agak-agak jawapannya, atau sudah ada jawapannya, maka di situlah yg kita kena tumpu dulu. Tapi jgn bertindak tergesa-gesa  hingga  susahkan jemaah, tetapi kecurian terus berlaku.


Tindakan/prosedur menangkap pencuri. Pernah ada staf  tangkap orang yg pecah cermin kereta, tapi masa di tahan tidak ada barang yg di curi atau ada bahan buktinya. Polis kata no case. Kan rugi!

Cara menangkap pencuri terbaik ialah dengan memasang perangkap. Bincang dengan orang berpengelaman yg mahu menolong supaya jgn kita pulak yg kena dakwa. Kalau tak buat perangkap, pasang CCTV sahaja hanya satu langkah pasif atau reaktif sahaja. Hanya mengharap kpd nasib.

Bila tertangkap. ...serah kpd polis. Jgn buat deal kerana ia akan makan diri. Kalau nak ikut sahabat2 pun boleh juga...siasat mengapa, bagaimana, dll dari pencuri itu. Maafkan dia dan didek dia.


ANTARA MODUS OPERANDI MEREKA


  • Bila? mencuri semasa orang tidak ramai, semasa orang terlalu ramai [solat jumaat dan semasa ada majlis], gelap [waktu malam dan subuh], hujan.
  • Sasaran mereka berlainan, mengikut masa dan keadaan. Atau sasaran mereka apa saja yg ada. Kaut!
  • Mereka bergerak berdua. Guna kereta atau motosikal.
  • Umur pencuri ; tidak tentu
  • Jantina; lelaki ada perempuan pun ada.
  • Tingkah laku dan pakaian; mcm orang nak solat atau nak guna tandas
  • Perancangan; kalau waktu orang ramai, mereka sudah merancang. kalau orang tak ramai, mereka tangkap muat saja. mereka masuk semasa orang sedang solat, pergi ke sasaran, curi dan lari keluar.
  • Lokasi tinjauan. jgn terkejut, dalam mesjid pun depa masuk, berlakun solat dan ngaji atau berehat...sambil perhati apa kelemahan masjid dan kelemahan jemaah.

MEMERANGI PENCURI DI MASJID


Tubuhkan Pasukan Keselamatan Sukarela. Semasa solat jumaat / solat waktu, mereka berterabur di seluruh kawasan masjid. Di bawah pokok dan di kawasan letak kereta pun ada. 


CCTV di lokasi strategik, guna motion sensor, auto erase, IP camera supaya boleh message trus kpd AJK, atau mudah untuk ubah camera, pasang pin hole camera, pasang alarm. masjid kena ada wifi la.


Pasang cermin muka besar. Dengan ada cermin ini, jemaah boleh nampak apa yg berlaku di belakang mereka.


Peti Sumbangan. Pasang belakang dinding. Yg depan tu ada lubang mcm lubang pos surat saja.


Apply konsep CPTED. Ni....search dan baca sendiri.


Ruang solat wanita [jika jadi sasaran], siapkan peti simpan beg [lockers]. Ruang solat ini mesti terbuka mcm di Masjid Negara. Kalau pasang langsir pun, jenis translucent. Tapi letak lah partition utk depa pakai telekong. 

CONTOH jer ni
Tidor di Masjid. Lantik sukarela untuk tidor di masjid, sambil jadi pemerhati. Kalau dapat 24 jam lagi baik.

Titek Rondaan Polis. AJK masjid boleh mohon pihak polis jadikan masjid tuan salah satu tempat mereka datang ronda dan kalau mereka singgah solat lagi baik.


Lepak di masjid pada waktu siang, galakkan perkara ini. Orang awam boleh datang masjid untuk rehat, untuk bincang-bincang. Sambil itu pasang pemerhati.


Jika boleh, pada waktu tertentu, pintu pagar utama biar tinggal satu saja supaya mudah nak perhati orang yg keluar masuk. 


Masjid juga perlu pasang notis, jika nampak kelibat yang disyaki sila rakam dan wassap kpd no fon....



Jika boleh, aktifkan masjid kita 24 jam dengan pelbagai aktiviti termasuk buka warung dan mesin ATM. Apabila masjid sentiasa ada orang, pencuri akan rasa cuak sikit untuk mencuri. Dalam masa tersebut, 'pasang' anggota keselamatan sukarela yg kerja mereka untuk memerhati..


Segalanya di atas adalah pandangan saya sendiri. Ampun.


Segala apa yg terjadi, segala 'hukuman' yg kita terima adalah hukuman Allah atas kecuaian kita juga. Hari ini ramai penceramah mulai sedarkan diri mereka dan kita bahawa musubah yg kita dpt  kerana salah kita juga...wallahualam




bersambung..