15.8.17

Pengawal Tempatan atau Nepal: Mana Lebih Baik


Pengawal Nepal lebih baik. Ini 'mereka' kata. Bagi saya, pendapat saya sendiri, pengawal tempatan lagi lebih baik. 10 kali lebih baik. Sebab...kalau Nepal lebih baik, mengapa guna syarikat keselamatan tempatan? Syarikat keselamatan Nepal tentulah lebih baik!

Membanding orang Nepal dgn orang tempatan itu kurang tepat kerana sebab mereka ke Malaysia pun sudah tidak boleh dibanding. Cuba bezakan pula watak antara pengawal keselamatan di Indonesia dengan pemuda Indonesia yang ada di KL.

Andaiannya, jika segala aspek pentadbiran dan pengurusan itu betul serta digaul dengan unsur-unsur Islamik nya, kita yakin pengawal keselamatan tempatan yang bertugas hanya  yang betul-batul mahu kerja sahaja. Dan mana boleh kita ketepikan mereka yang ikhlas memerlukan kerja untuk menyara keluarga.  


Ringkasnya,  kalau pengawal tempatan TIDAK BAGUS, puncanya ialah syarikat keselamatan tu sendiri. Bukankah kelemahan sesuatu syarikat bermula dari pengurusannya.

Kerajaan Malaysia mahu 100% rakyat Malaysia bekerja. Jika syarikat keselamatan atau PPKKM atau KDN tidak beri fokus kepada matlamat ini dengan sedaya upayanya dan KDN dengan tegas tidak benarkan menggaji orang  Nepal, insyaAllah 99% mereka yang tiada pekerjaan akan bekerja sebagai Pengawal Keselamatan. Bukankah KDN dan PPKKM ada amanah dan tanggungjawab atas hasrat kerajaan ini.

Mengapa di New Zealand, tukang angkat sampah itu mat saleh?

Dulu semasa Zaiti jadi Governor Bank Negara, beliau 'menghapuskan' semua bank yang tidak berkualiti dengan cara digabung, dibeli dan dijual. KDN pun boleh tiru cara ini bagi menentukan hanya  syarikat  yang ada kualiti terus beroperasi. 

Bagi syarat yang ketat. Syarat ini perlu dkenakan  juga ke atas  orang dalaman dan yang berdekatan yang mempunyai agenda atau motif jalan pintas dan mudah

  • Gaji minima
  • Terma dan syarat perkhidmatan [term n condition of employment]
  • Latihan
  • Logistik
  • SOP
  • Kuatkuasa
  • Standard antarabangsa
  • Rakyat tempatan tulin [bukan gengster, penagih, ic palsu atau penjenayah]


Semua di atas disenaraikan kerana segala macam eksploitasi yang dilakukan oleh syarikat keselamatan terhadap pekerja sedang berlaku. Sila lah kaji sendiri.

CONTOH: Seorang pakcik Melayu, Cina atau India mengawal trafik di depan sekolah. Adakah beliau terlatih? Jika berlaku kemalangan, siapa yang bertanggungjawab? Pengawal, syarikat keselamatan, sekolah, PPKKM, kementerian pendidikan atau KDN?

Tiada wisel, tiada sarung tangan putih dan tiada papan tanda

Hari ini, ramai usahawan syarikat keselamatan sudah jadi jutawan. Biasanya syarikat yang maju berkongsi kekayaan atau keuntungan mereka dengan pekerja. Maksudnya ia dikongsi hingga kepada mereka yang baru sehari kerja sebagai pengawal. 


Untung tidak salah asal hak asasi hamba Allah yang lain dihormati dan diberi pulangan dengan saksama. Jika sudah capai sesuatu tahap, maka eloklah kebajikan pengawal diambil kira. 'Paksa' lah mereka bekerja 8 jam setiap hari dan 6 hari seminggu secara nyata.

Kita kena akui untuk menyatakan, orang tempatan 10 kali lebih baik dari Nepal kerana ini telah dibuktikan oleh pasukan keselamatan negara [polis, tentera, penjara, bomba dll]  yang terdiri dari rakyat tempatan. Ada pula yang kata sama saja masalahnya. Soalannya, mengapa askar dulu 10 kali lebih baik walaupun tidak tahu membaca dan menulis.

Akhir sekali, baik juga kita lihat di Indonesia, untuk jadi pengawal, kena keluar duit sendiri pergi kursus selama 30 hari. Selepas itu barulah beliau layak jadi Pengawal Keselamatan. Ini baru betul. Sila layari SATPAM di google.

Gambar-gambar foto di bawah menerangkan dengan sendiri beza  pengawal Indonesia, Malaysia dan Nepal.
















  






Cuba baca syarat hendak jadi pengawal keselamatan syarat jadi pengawal lapangan terbang Bali Indonesia