JENIS FRAUD [PENIPUAN]
YG BOLEH MENJATUHKAN KORPORAT
Fraud
banyak berlaku dalam dunia korporat dan menyebabkan kerugian yang besar. Ia disedari
hanya lebih kurang 2 tahun selepas itu. Ia dilakukan oleh staf yang nampak ‘sangat
setia’. Oleh itu, staf yang setia, yang selalu balik lambat, yang jarang
bercuti, perlu diperhati.
Hari ini
mereka lebih bijak. Mereka tidak guna kereta cantik, jam mahal dan telefon
yang canggih. Semua nampak sederhana
saja.
Kadang-kadang
mereka tersilap langkah. Tiba-tiba bercuti di luar negara.
Cerita benar
yang berlaku dan bagaimana ia boleh dielakkan:
1. Fraud
Gaji [Payroll fraud]
Tahun
lepas kami menerima pelanggan baru ia itu syarikat pembinaan. Akaun gaji mereka
tidak pernah diselaras [reconcile] dari segi waktu bekerja. Jadi ini diberi
keutamaan. Terjumpa dua orang staf yang menerima OT yang tinggi. Ibu Pejabat
mereka dan tempat mereka buat OT jarak lebih 50km. Bagaimana mereka boleh
berada di dua tempat dalam masa yang sama.
Tuntutan OT
kerap tidak dikawal dan mesti diperiksa lebih kerap. Syarikat kerugian dalam
kadar yang banyak dalam hal ini. Akaun gaji dan OT mesti diperiksa secara
berjadual. Laporan OT, analisa data dan statistik akan memberi gambaran yang
jelas.
2. Tender
dan Sebut harga
Ada
berbagai cara prosedur ini dimanipulasikan. Pada kebiasaannya ada ‘kira-kira’
antara pegawai yang uruskan pembelian dan pembekal.
a.
Kuantiti yang tidak cukup
b.
Kurang kualiti
c.
Harga yang lebih tinggi dari pasaran
d.
Terlebih order
e.
Pembekal yang sama, nama syarikat berbeza
f.
Barang/perhidmatan tidak
diterima atau tidak dilaksanakan
g.
Kerja cincai
h.
Pembekal ‘ditekan’ oleh pegawai perolehan
i.
Melantik orang tengah. Orang tengah akan bantu pegawai berkenaan
untuk mencari pembekal dan membuat kira-kira dengannya. Keuntungan yang
diperolehi dikongsi secara bersama. Mereka juga akan berkongsi kupon atau
voucher serta hadiah yang diperolehi semasa pembelian. Setengah pembekal
menghadiahkan beg, cawan, sehingga kepada hadiah percutian. Ini juga disebut
sebagai beli atas beli. Ada juga staf yang bertugas
di jabatan lain bertindak sebagai orang tengah.
Pemeriksaan mengejut tentang rekod pembelian, pembekal, stok,
harga dan hasil kerja boleh menunjukkan apa yang sedang berlaku. Tindakan kedua
yang lebih berkesan ialah dengan menggantikan staf tersebut selama 1 atau 2
bulan. Perbezaan ketara akan kelihatan jika penipuan pernah berlaku.
Bacaan lanjut:...
Detecting Insider Threats
Kecurian di Kilang & Insider Threats
Bacaan lanjut:...
Detecting Insider Threats
Kecurian di Kilang & Insider Threats