30.12.10

Pengawal UM

Amboi senangnya kata pak guard malas. Kalau hang jadi pak guard, satu hari 12 jam terpacak kat situ baru hang tahu.

Handset kena rembat kat dalam bilek? Brother! Dalam UM ada 13 kolej kediaman, ada 500 ke 1000 orang setiap kolej. Makna nyer ada lebih 7,000 handset. Ada kes student ada lebih dari 2 set. Sepak kaki tanya hati, larat ka Pak Guard nak jaga handset [harta peribadi] student.

Soalan Pak Guard, kenapa harta peribadi yang boleh disimpan dalam kocek mesti Pak Guard jaga. Kenapa bila pergi mandi, bila tidor, tidak kunci bilek. Kenapa bawa barang berharga mcm laptop dan simpan dalam bilek. AJK Keselamatan Kolej mintalah kolej buat locker berkunci kat pejabat untuk student simpan laptop masa cuti, outstation, solat Jumaat atau bila-bila saja.

Motorsikal pun satu hal jugak. Lagi Pak Guard kata jgn bawa LC 135, dan EX 5 baru, lagi ramai yg bawa masuk. Kolej Kediaman pulak pasang CCTV semua tempat kecuali di parkir motorsikal. Dlm tahun 2010 hanya 3 kali student lapor kat Keselamatan nampak orang yg disyaki di kolej. Yg lain semua pukul tak tahu saja. Kes student tinggal kunci kat motorsikal lagi la banyak.

Pak Guard betul betul minta semua orang sensitif dgn hal keselamatan diri sendiri dan orang lain dan aset universiti. Pak Guard bukan malas, cuma dah malas berjumpa dgn kes yg disebabkan kecuaian diri sendiri.