17.1.26

GEJALA RASUAH

RASUAH: CABARAN SISTEM TERHADAP NEGARA DAN MASYARAKAT

Dalam Islam, rasuah adalah haram dan dosa besar. Ia dianggap memakan harta secara batil, merosakkan keadilan dan amanah, serta menjauhkan pelakunya daripada rahmat Allah. Al-Quran dan hadis dengan jelas melaknat pemberi dan penerima rasuah. Undang-undang Malaysia juga mengiktiraf kedua-duanya sebagai bersalah dan boleh dihukum. Namun dalam amalan, persoalan besar timbul: adakah hukum benar-benar dilaksanakan secara adil dan seimbang?

Satu kelemahan yang sering dipersoalkan ialah ketidakseimbangan dalam penguatkuasaan. Dalam banyak kes, tumpuan lebih tertumpu kepada penerima rasuah, manakala pemberi rasuah—terutamanya pihak berkepentingan besar seperti syarikat dan orang tengah—sering terlepas daripada tindakan tegas. Keadaan ini mewujudkan persepsi bahawa risiko melakukan rasuah adalah rendah, dan akibatnya, rasuah mula dianggap sebagai “kos operasi” dalam perniagaan dan pentadbiran. Selagi pemberi rasuah tidak dihukum setimpal, kitaran rasuah akan terus berulang.

Isu ini menjadi lebih membimbangkan apabila dilihat melalui perbandingan hukuman. Seorang Peguam Kanan Persekutuan yang menerima rasuah RM700,000 hanya didenda dan dipenjara sehari. Sebaliknya, seorang buruh dipenjara 15 bulan kerana mencuri petai, seorang penganggur dipenjara 10 bulan kerana mencuri RM50 dari tabung masjid, dan seorang lagi dipenjara 10 tahun kerana mencuri beras dan sardin. Dalam kes berprofil tinggi, bekas Menteri Besar Selangor yang memperoleh harta bernilai RM6.5 juta hanya menjalani enam bulan hukuman penjara.

Perbandingan ini melahirkan satu persepsi yang amat berbahaya: orang kecil dihukum berat, orang berkuasa dihukum ringan. Apabila hierarki sosial dan politik seolah-olah mempengaruhi hukuman, keyakinan rakyat terhadap sistem kehakiman akan terhakis. Sedangkan keadilan bukan sahaja mesti dilaksanakan, tetapi mesti dilihat benar-benar adil.

Kesan rasuah pula sangat luas. Ia bukan sekadar kehilangan wang awam berbilion ringgit, tetapi diterjemahkan dalam bentuk projek gagal, kos sara hidup meningkat, perkhidmatan awam lemah dan ketidakadilan sosial semakin melebar. Dalam keadaan ini, ketegasan kerajaan sering dipersoalkan apabila kes kecil diselesaikan pantas, tetapi kes besar berlarutan tanpa kesudahan jelas.

Boleh kah saya keluarkan slogan 'JOM KITA AMALKAN RASUAH' atau 'rasuah untuk mereka saja'.... ini tidak adil!!! Maaf.... melawak ja.


KORUPSI DI MALAYSIA 

Tulisan Maj Mior Rosli (MMR)


Dalam tempoh 5 tahun, 2,527 orang perkhidmatan awam di tangkap atas kesalahan korupsi mencuri RM 15.88 billiun.

Itu hanya yang dapat ditangkap Yang lebih mengejutkan?  Malaysia hilang RM120 billiun setiap tahun kepada para korupsi, salah tadbir, dan pembaziran dalam perkhidmatan awam sahaja! *Setiap Tahun!

Cuba buat kira-kira mudah:

•⁠  ⁠5 tahun = RM600 billiun hilang 

•⁠  ⁠10 tahun = RM1.2 trillion lesap!

RM120 billiun itu adalah adalah lebih dari keseluruhan belanjawan kita untuk Pendidikan (RM 66.2 B), Kesihatan (RM46.5B), and Pertahanan (RM21.7B) di campurkan semua [=RM 134.4].

Ini adalah masa depan anak-anak anda. Belanjawan kesihatan ibubapa anda. This is your children's future. Jalanraya dan Sekolah anda di curi.

Semasa pegawai-pegawai kerajaan diam-diam mencuri berbilliun-billiun, apa yang  sebenarnya yang kita dok melawan selama ini? Bangsa... Agama... Siapakah rakyat Malaysia yang tulin yang sebenar??

Orang Politik yang pegang jawatan kerajaan akan menunding jari kepada peniaga Professionals bukan-Bumiputera sebagai rakyat and jerit terhadap mereka dengan mengatakan "Mereka lah yang mencuri dari Anda!"

Salah! 

Pencuri yang sebenarnya adalah  mereka yang memakai pakaian Seragam Kerajaan. Mereka masuk kerja jam 9 pagi, susun kertas, and kebas duit anda sementara Anda bertungkus lumus berkerja mencari pendapatan melawan kenaikan harga barang keperluan untuk hidup menanggung keluarga.

Para korupsi ini pandang kecil terhadap setiap skandal politik di campurkan, walaupun ianya menjadi kes lebih besar  dari semua kes yang terkenal di satu kan!

Jenayah yang paling tepat adalah:

Mencuri billiun. Kemudian bila rakyat jadi marah kerana jadi miskin, pemimpin dan pegawai tinggi, menunding jari kepada kumpulan lain dan jerit " mereka lah punca masaalah!"

Mari lah kita fikirkan tentang ini... 

Bila kali terakhir anda lihat satu himpunan besar-besaran menuntut akauntabiliti bagi RM120 billiun itu?

Tak pernah.

Kita mempunyai masaalah korupsi tetapi kita lebih sibuk dengan masaalah lain.

Kita hilang RM120 billiun setiap tahun. Setiap Tahun. Kita bergaduh dan bertengkar atas semua isu kecuali tentang isu pencuri yang sebenar.

Tanya pada diri anda sendiri... Siapa yang menang jika kita berpecah? Siapa yang untung bila kita terlalu sibuk bergaduh sesama sendiri?

Jawapan nya pasti nya adalah Anda.

Ini kerana semasa kita sibuk bergaduh sesama sendiri, mereka ketawa  pergi ke bank. 

Dengan duit kita!

Terima Kasih Che'gu Bard kerana telah berani melaporkan tentang korupsi dalam KEMENTAH tempoh hari. Saya harap semua bukti-bukti yang Che'gu tayangkan dulu adalah Prima Facie.


Terima Kasih 

 Drp MMR

9.1.26

PELIK: HUTANG BANYAK, INFLASI TINGGI, NILAI RGT NAIK

Kekuatan Mata Wang, Hutang Negara dan Risiko Kerapuhan Ekonomi

Kecuh berbincang  kekuatan nilai mata wang sebagai petunjuk kejayaan ekonomi. Walau bagaimanapun, literatur ekonomi menunjukkan bahawa nilai mata wang yang kukuh tidak semestinya mencerminkan kesihatan fiskal sesebuah negara, khususnya apabila paras hutang negara berada pada tahap yang tinggi. Penekanan berlebihan terhadap prestasi mata wang tanpa mengambil kira asas kewangan negara berisiko mewujudkan gambaran kejayaan yang bersifat sementara atau hanya bermuka-muka.

Pada akhir 2025, hutang Persekutuan Malaysia sekitar RM1.32 trilion (65.3% KDNK) pada September 2025, manakala jumlah hutang & liabiliti kerajaan adalah RM1.69 trilion (84.1% KDNK) pada Jun 2025, dengan sasaran kerajaan untuk mengurangkan hutang baharu kepada sekitar RM75 bilion tahun itu dan menstabilkan nisbah hutang kepada KDNK dalam jangka sederhana. 

Pengalaman beberapa negara menunjukkan bahawa krisis ekonomi besar sering berpunca daripada hutang yang tidak terkawal, bukan semata-mata kelemahan mata wang. Sebagai contoh, Greece sebelum krisis hutang Eropah menikmati kestabilan mata wang melalui zon euro, namun kegagalan mengurus hutang awam akhirnya membawa kepada penguncupan ekonomi, pemotongan perbelanjaan sosial dan tekanan besar ke atas rakyat berpendapatan rendah. Keadaan yang hampir sama dapat dilihat di Sri Lanka, di mana hutang luar yang tinggi dan kelemahan tadbir urus fiskal mencetuskan krisis ekonomi dan sosial walaupun negara tersebut pernah mencatat pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan.

Lagi lawak kadar inflasi negara hanya 1.6% tetapi organisasi yang sama menyatakan kadar harga makanan naik 4.0%. Ini bermakna apa yg mereka rangkup untuk kira kadar inflasi hanya perkara yg tidak penting kepada rakyat. Dari segi pengankutan, caj GRAB naik mendadak. Pada waktu puncak, caj nya naik hingga 4 kali ganda.

Kajian ekonomi juga menunjukkan bahawa hutang yang menghampiri atau melebihi pendapatan negara kasar menghadkan keupayaan kerajaan untuk melaksanakan dasar perlindungan sosial dan pembangunan inklusif. Apabila sebahagian besar hasil negara digunakan untuk membayar faedah hutang, ruang fiskal untuk membantu rakyat, khususnya B40, menjadi semakin sempit. Dalam keadaan ini, kekuatan mata wang tidak diterjemahkan kepada peningkatan kesejahteraan rakyat, sebaliknya menutup masalah struktur yang lebih mendalam.

Kesimpulannya, kekuatan mata wang tanpa disiplin fiskal dan pengurusan hutang yang berhemah merupakan satu bentuk kestabilan yang rapuh. Pengalaman negara lain membuktikan bahawa apabila hutang gagal dikawal, krisis boleh berlaku secara mendadak dan memberi kesan menyeluruh kepada ekonomi serta kehidupan rakyat. Oleh itu, keutamaan sebenar negara bukanlah meraikan prestasi mata wang semata-mata, tetapi memastikan asas kewangan yang mampan, tadbir urus yang berintegriti, dan perlindungan berkesan terhadap majoriti rakyat, khususnya golongan B40.

Pernah dengar cerita PERWAJA STEEL? Syarikat gergasi yang untung gila-gila, tetapi tiba-tiba jatuh bangkrap. Penyata kewangannya menunjukkan ia untung sangat besar, rupa-rupanya apa bila dilihat akaun Cash Flow, baru jelas ia juga menanggung hutang yang amat besar. 

4.1.26

BUDAYA RASUAH DI TANAH AIR KU

 

Budaya Rasuah dan Penyelesaian

“Rasuah bukan hanya salah orang atas, tetapi penyakit yang merosakkan seluruh ekosistem negara.”

penerangan ringkas gambarajah di atas:

MODUS OPERANDI atau bagaimana rasuah dilakukan atau punca ia berlaku. Rasuah berlaku dalam berbagai cara: Suapan wang tunai, Hadiah & komisen tersembunyi, Projek mark-up, Tender terancang, Kronisme & nepotisme, Perlindungan kes (cover-up), Pembelian keputusan dan Penyalahgunaan kuasa.

SIAPA YANG TERLIBAT. Macam-macam orang...otak-kotak seterusnya: Pegawai kerajaan, Ahli politik (ini yg atas sekali), Penguat kuasa, Syarikat & kontraktor, Orang tengah / broker, Penjawat awam bawahan, Pemimpin institusi dan Sindiket / kartel (ini yg paling power - perancang dan pelaksana)

SEKTOR YG TERJEJAS: Kita kira mcm semua lah!  Perolehan kerajaan, Infrastruktur & projek awam, Penguatkuasaan undang-undang, Pendidikan, Kesihatan, Tanah & hutan simpan, Imigresen dan Kastam & cukai. Ia menjawab  di mana rasuah paling subur?


KESAN KEPADA NEGARAKerugian berbilion ringgit, Hutang negara meningkat, Projek gagal / kualiti rendah / berisiko, Pelabur jujur lari, Daya saing merosot, Ketidakstabilan politik, dan Imej negara tercemar. 

KESAN KEPADA MASYARAKATKos sara hidup naik, Peluang kerja hilang, Ketidakadilan meluas, Hilang kepercayaan kepada institusi, Rakyat jadi sinis, dan Normalisasi salah laku atau masyarakat mula tidak ambil pot dengan gejala ini

KESAN KEPADA KELUARGA DAN INDIVIDUTekanan kewangan, Hilang peluang pendidikan, Moral anak-anak rosak, Trauma keluarga pesalah, Hilang maruah, Hukuman penjara, dan Jiwa jadi keras

MENGAPA PENYAKIT RASUAH TERUS HIDUP SUBUR

Rasuah tidak tumbuh secara tiba-tiba. Ia hidup, membesar dan berakar kerana wujud satu persekitaran yang menyuburkannya. Selagi faktor-faktor penyubur ini tidak dibanteras, rasuah akan terus berulang walaupun undang-undang diperketat dan slogan diperbanyakkan.

Faktor pertama ialah tamakan kuasa. Apabila kuasa tidak lagi dilihat sebagai amanah, tetapi sebagai alat memperkayakan diri dan kelompok sendiri, rasuah menjadi jalan pintas. Individu yang takut kehilangan kedudukan sanggup membeli sokongan, menutup kesalahan, dan menggadaikan prinsip. Dalam keadaan ini, kuasa bukan lagi alat khidmat, tetapi komoditi yang diniagakan.

Kedua ialah lemah integriti. Integriti yang rapuh menyebabkan seseorang mudah berkompromi dengan dosa kecil sebelum terjerumus kepada jenayah besar. Apabila nilai amanah tidak dibina sejak awal, jawatan dan peluang hanya menjadi ruang untuk mengaut keuntungan peribadi. Tanpa integriti, undang-undang hanya tinggal tulisan.

Ketiga, penguatkuasaan terpilih. Apabila undang-undang dikuatkuasakan terhadap orang kecil tetapi longgar terhadap orang berkuasa, mesej yang sampai kepada masyarakat sangat jelas: kuasa boleh membeli keadilan. Keadaan ini bukan sahaja menyuburkan rasuah, tetapi mematikan rasa hormat terhadap sistem.

Keempat ialah hukuman yang ringan dan tidak setimpal. Hukuman yang tidak memberi kesan jera menjadikan rasuah satu risiko yang berbaloi. Apabila keuntungan jauh lebih besar daripada hukuman, rasuah akan terus dianggap sebagai pelaburan, bukan jenayah.

Kelima, budaya takut bersuara. Ramai yang tahu, ramai yang nampak, tetapi sedikit yang berani melapor. Takut kehilangan kerja, takut disisih, takut dibalas dendam. Apabila suara kebenaran dibungkam, rasuah hidup dengan selesa dalam senyap.

Keenam ialah politik wang. Apabila kemenangan politik dibeli dengan wang, jawatan akan dibayar semula dengan rasuah. Ini melahirkan satu kitaran: wang membeli kuasa, kuasa membayar balik dengan projek dan perlindungan.

Akhir sekali ialah perlindungan elit. Apabila individu berpengaruh melindungi pesalah, siasatan dilewatkan, kes disenyapkan, dan hukuman diringankan. Perlindungan inilah yang menjadikan rasuah bersifat kebal.

Kesimpulannya, rasuah bukan sekadar salah individu, tetapi hasil daripada sistem yang membenarkannya hidup. Selagi tamak kuasa, integriti lemah, penguatkuasaan terpilih, hukuman ringan, budaya takut, politik wang dan perlindungan elit dibiarkan, rasuah akan terus subur. Membanteras rasuah bukan sekadar soal menangkap pesalah, tetapi membersihkan ekosistem yang menyuburkannya.

MELAYU SEBUT UBAT NYAMUK SAYA SEBUT UBAT RASUAH

"Selagi bukan Melayu Islam yang mentadbir, selagi itu lah tembok besar akan bocor, dan rasuah akan terus hidup"

NOTA: Melayu Islam di sini bermaksud yg betul-betul beriman.

Semua orang pandai bercakap tentang membanteras rasuah. Slogan dilaungkan, poster ditampal, kempen diulang saban tahun. Namun satu persoalan mudah perlu ditanya dengan jujur: jika benteng pencegahan benar-benar kukuh, mengapa rasuah masih subur?

Benteng pertama kononnya ialah kepimpinan beramanah. Tetapi realitinya, terlalu ramai pemimpin bercakap tentang amanah ketika berkempen, dan melupakannya sebaik sahaja mendapat kuasa. Jika pemimpin sendiri gagal menjadi contoh, jangan hairan jika seluruh sistem belajar bahawa amanah hanyalah retorik.

Benteng kedua ialah penguatkuasaan tegas. Di atas kertas, undang-undang nampak garang. Dalam amalan, ia sering menjadi jinak apabila berdepan dengan orang besar. Orang kecil diseret pantas ke mahkamah, orang berpengaruh diberi masa, ruang dan perlindungan. Ini bukan penguatkuasaan, ini pemilihan mangsa.

Benteng ketiga ialah hukuman setimpal. Kononnya hukuman bertujuan mendidik. Tetapi apabila kes rasuah bernilai jutaan ringgit dibalas dengan hukuman ringan, mesejnya jelas: rasuah berbaloi. Untung besar, risiko kecil. Dalam keadaan begini, siapa yang takut?

Benteng keempat ialah perlindungan pemberi maklumat. Di atas kertas, mereka dipanggil wira. Dalam realiti, ramai menjadi mangsa: hilang kerja, disisih, ditekan. Jika mereka yang bercakap benar dihukum lebih awal daripada pesalah, jangan hairan jika semua memilih untuk diam.

Benteng kelima ialah ketelusan sistem. Kita bercakap tentang tender terbuka, audit dan pemantauan. Tetapi selagi keputusan dibuat di bilik tertutup, selagi kontrak boleh diubah senyap-senyap, ketelusan hanyalah hiasan laporan, bukan amalan sebenar.

Benteng keenam ialah pendidikan integriti. Kita ajar murid jangan menipu, jangan curi, jangan ambil hak orang. Tetapi apabila mereka dewasa, mereka melihat pemimpin yang menipu dimuliakan, pencuri besar dihormati. Dalam keadaan ini, pendidikan runtuh di hadapan contoh yang rosak.

Akhir sekali, kita selalu bercakap tentang agama dan akhlak. Tetapi jika takut kepada Allah hanya muncul di mimbar, bukan di pejabat, dan akhlak hanya dipamerkan di majlis rasmi, maka jangan terkejut jika rasuah menjadi budaya, bukan lagi dosa.

Penulisan di atas bincang cara mengatasi dengan cara yang menyeluruh, meluputi: 

  • pemimpin yang amanah
  • penguatkuasaan yang tegas dan adil
  • hukuman yang setimpal
  • melindungi pemberi maklumat
  • telus
  • pendidikan berterusan
  • pegangan agama

Kesimpulannya mudah dan pahit: rasuah bukan kuat kerana penjenayah licik, tetapi kerana benteng pencegahan bocor di semua peringkat. Selagi pemimpin tidak bersih, penguatkuasaan terpilih, hukuman tidak menakutkan, saksi tidak dilindungi, sistem tidak telus, pendidikan tidak selari dengan contoh, dan agama hanya tinggal slogan — selagi itulah rasuah akan terus ketawa di belakang semua kempen antirasuah.

Benteng sebenar belum dibina.
Yang ada cuma tembok kertas, slogan kosong, dan keberanian yang selalu hilang bila berdepan kuasa.


“Dan janganlah kamu memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil, dan janganlah kamu menyuap (dengan harta itu) kepada hakim-hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta orang lain dengan jalan dosa, padahal kamu mengetahui.”
(Surah al-Baqarah, 2:188)

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia hendaklah kamu menetapkannya dengan adil.”
(Surah an-Nisa’, 4:58)

Ayat ini menjadi peringatan bahawa amanah dan keadilan adalah asas kepada kesejahteraan individu, institusi, dan masyarakat. Selagi kita berpegang kepada nilai tersebut, kita masih berada di jalan yang benar, walaupun diuji dengan kelemahan manusia.

Rasuah yang dibenarkan membudaya akan melemahkan negara dari dalam. Apabila keadilan runtuh, amanah dikhianati dan undang-undang boleh dibeli, negara menuju kehancuran secara perlahan. Lebih membimbangkan, jika rasuah terus dinormalisasikan dalam sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi, maka bukan sahaja sistem pentadbiran yang terancam, bahkan nilai dan wibawa agama itu sendiri akan tercalar. Negara yang gagal memelihara integriti dan keadilan akhirnya akan tumbang—bukan kerana serangan luar, tetapi kerana kerosakan moral dan pengkhianatan amanah dari dalam.

Kita masih boleh betulkan keadaan tapi dengan satu cara.... ISLAM. Islam patut memerintah. Bukan Melayu atas nama melayu saja. Bukan yg liberal, atau yg mengamalkan budaya.... 


1.1.26

PRAMUGARI CANTIK PENGAWAL COMOT

Paramugari Cantik: Satu Analogi Profesionalisme Keselamatan

Ungkapan “paramugari cantik seperti artis” sering digunakan secara santai dalam perbualan masyarakat. Pada zahirnya, ungkapan ini merujuk kepada penampilan fizikal — kemas, menarik dan menyenangkan pandangan. Namun hakikat yang lebih penting, dan jarang diberi perhatian, ialah bahawa paramugari dalam penerbangan komersial seperti Malaysia Airlines bukan sekadar simbol estetika atau layanan mesra pelanggan.

Di sebalik senyuman, kesantunan dan kebolehan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik, para paramugari sebenarnya merupakan tenaga kerja yang amat terlatih, berdisiplin tinggi, dan bersedia menghadapi situasi berisiko tinggi. Walaupun asas tugas mereka melibatkan perkhidmatan penumpang, teras profesionalisme sebenar terletak pada kecekapan bertindak dalam keadaan kecemasan — kebakaran kabin, pendaratan cemas, kegagalan teknikal, ancaman keselamatan, serta pengurusan panik penumpang.

Latihan yang mereka lalui bukan bersifat kosmetik atau simbolik, tetapi berasaskan piawaian keselamatan antarabangsa, simulasi kecemasan yang berulang, dan penilaian kompetensi yang ketat. Dalam erti kata lain, penampilan hanyalah lapisan luar; kecekapan, kebolehpercayaan dan kesiapsiagaan ialah teras sebenar profesion paramugari.

Persoalannya, bagaimana pula kita melihat profesion pengawal keselamatan?

Dalam persepsi umum, pengawal keselamatan sering dianggap sebagai individu yang “menjaga pintu”, “mengawal keluar masuk”, atau sekadar hadir secara fizikal sebagai lambang kawalan. Namun, seperti juga paramugari, peranan sebenar pengawal keselamatan sebenarnya jauh lebih luas dan kompleks. Mereka berfungsi sebagai barisan hadapan dalam pencegahan jenayah, pengurusan risiko, kawalan akses, perlindungan aset, keselamatan manusia, serta pengendalian insiden yang boleh membawa implikasi undang-undang dan reputasi kepada sesebuah organisasi.

Dari sudut teori, perkara ini selari dengan teori pengurusan risiko (risk management theory) dan pendekatan kecekapan berasaskan kompetensi (competency-based approach). Kedua-dua pendekatan ini menegaskan bahawa keselamatan tidak boleh bergantung kepada kehadiran fizikal semata-mata. Sebaliknya, ia memerlukan individu yang:

  • memahami ancaman dan risiko (threat awareness),

  • mampu membuat keputusan secara pantas dan tepat,

  • berkomunikasi dengan jelas dan berkesan,

  • serta bertindak selari dengan prosedur operasi standard yang ditetapkan.

Dalam konteks inilah timbul isu struktur latihan dalam industri keselamatan. Realitinya, banyak syarikat keselamatan beroperasi di bawah pelbagai kekangan — termasuk kekangan kos, masa, kadar pusing ganti pekerja yang tinggi, serta keperluan memenuhi kontrak pada tahap minimum. Keadaan ini sering menyebabkan latihan yang diberikan bersifat asas dan umum, sedangkan cabaran keselamatan di lapangan semakin kompleks dan dinamik.

Tambahan pula, aspek komunikasi yang berkesan sering menjadi cabaran, sedangkan komunikasi merupakan elemen kritikal dalam pengurusan keselamatan, khususnya ketika berdepan dengan orang awam, pihak pengurusan dan agensi berkaitan.

Atas sebab itu, keperluan kompetensi keselamatan masa kini lebih sesuai dibangunkan melalui latihan secara in-house sebagai satu perancangan jangka panjang. Pendekatan ini membolehkan latihan disesuaikan dengan risiko spesifik organisasi, budaya setempat, susun atur fizikal premis, serta jangkaan pengurusan. Seperti latihan paramugari yang dibangunkan secara dalaman oleh syarikat penerbangan sendiri, latihan keselamatan secara in-house berupaya melahirkan pengawal yang bukan sahaja patuh arahan, tetapi memahami rasional di sebalik setiap tindakan yang diambil.

Akhirnya, persoalan ini kembali kepada tuntutan masyarakat. Jika masyarakat mengharapkan paramugari yang profesional, cekap, beretika dan boleh dipercayai, maka secara logiknya masyarakat juga wajar menuntut pengawal keselamatan Malaysia yang profesional, kompeten dan berintegriti. Dan seperti mana profesion lain yang menuntut kemahiran tinggi serta tanggungjawab besar, mereka yang benar-benar terlatih wajar diberi ganjaran dan upah yang setimpal.

Hakikatnya, telah banyak direkodkan insiden di mana pengawal keselamatan bertindak dengan berani dan cekap — termasuk menahan perompak serta menyelamatkan nyawa dalam kes kebakaran. Kejayaan ini membuktikan bahawa apabila latihan, kefahaman dan sokongan organisasi ditadbir-urus dengan betul, pengawal keselamatan mampu berfungsi sebagai profesional keselamatan sebenar.

Keselamatan bukan hiasan. Ia adalah satu profesion.


ANTARA PERANAN DAN TUGAS KESELAMATAN

Semua orang Sekuriti kena baca dan faham cerita di bawah!

Suatu ketika saya bertanya dengan nada biasa, “Encik bertugas di sini?”

Jawapannya ringkas, “Ya… jaga gate, encik.”

Jawapan seperti ini bukan sesuatu yang asing. Malah, ia telah lama kita dengar dalam pelbagai situasi. Di sinilah bermulanya satu pemerhatian yang wajar kita renungi bersama. Seolah-olah jika mangga rosak, tidak mengapa. Jika pintu pagar kelihatan uzur atau hampir tumbang, juga tidak mengapa. Yang penting bagi orang keluar masuk, kita senyum sambil angkat tangan serta ucapan terima kasih, maka semua pihak rasa puas hati. Sopan katanya!

Secara peribadi, lebih tertarik sekiranya seorang pengawal sekuriti menjawab dengan penuh keyakinan,  “Saya bertanggungjawab menjaga keselamatan sekolah ini, encik.”

Jawapan sebegini mencerminkan kefahaman terhadap peranan sebenar seorang pengawal sekuriti — bukan sekadar menjaga pintu masuk, tetapi meliputi keselamatan sekolah, murid-murid, warga kerja serta keseluruhan aset yang diamanahkan. Ia menggambarkan rasa tanggungjawab dan kesedaran profesional yang lebih menyeluruh.

Itu baru satu perkara. Perkara kedua pula lebih besar dan lebih sensitif.

Dalam banyak keadaan, pengawal sekuriti turut diminta mengawal pergerakan kenderaan yang menghantar dan mengambil murid. Persoalannya, adakah mereka benar-benar dilatih untuk tugas tersebut? [Tugas kawalan trafik] Adakah peranan dan kuasa mereka jelas? Bagaimana pula dengan perlindungan insurans? Sekiranya berlaku kemalangan atau insiden jenayah seperti penculikan, siapakah yang sepatutnya bertanggungjawab — pengawal, syarikat keselamatan, pihak sekolah, atau kementerian?

Saya akui, saya sendiri tidak arif sepenuhnya dalam semua aspek ini, dan saya juga tidak ingin membuat andaian yang melampau. Namun persoalan-persoalan ini wajar dibincangkan secara terbuka, rasional dan berfakta, demi keselamatan semua pihak yang terlibat.

Pandangan saya, sebahagian besar daripada kita masih melihat keselamatan dalam kerangka yang terlalu sempit. Seolah-olah kehadiran seorang pengawal berusia dengan senjata api di hadapan kedai emas sudah mencukupi. Hakikatnya, pendekatan sebegini juga membawa risiko yang tinggi jika tidak diurus dengan kefahaman dan sistem yang betul.

Begitu juga dalam kehidupan seharian. Ada yang memasang pagar rumah yang cantik, namun tanpa disedari menjadikannya lebih mudah diceroboh, mudah untuk di panjat. Ada pula yang memakai tali pinggang keselamatan semata-mata untuk mengelakkan saman, bukan kerana memahami fungsinya untuk melindungi nyawa.

Ringkasnya, konsep keselamatan itu sangat luas dan kompleks. Ia menuntut latihan yang betul, kefahaman yang mendalam, kepekaan situasi serta sikap bertanggungjawab yang tinggi. Hanya mereka yang benar-benar terdedah dan terlatih dalam bidang ini akan memahami realiti sebenar di lapangan.

Sepanjang pengalaman saya berkhidmat di beberapa organisasi, saya sering mendengar ungkapan, “Semua orang sudah faham tentang keselamatan.” Ungkapan ini mengingatkan saya kepada satu ketika dahulu, apabila ada yang berkata kerja guru itu mudah, askar tiada kerja, atau generasi muda hari ini malas.

Hakikatnya, semua ini adalah persepsi yang perlu diurus dengan bijaksana — terutamanya oleh mereka yang berada dalam profesion tersebut.

Akhir kata, sama-sama kita buka minda, menilai semula kefahaman kita tentang keselamatan, dan memberi ruang kepada pendekatan yang lebih profesional, berpengetahuan dan berasas kepada yang dipertanggungjawab. Di sinilah terletaknya kebijaksanaan kita masing-masing.