7.10.24

TUGAS MERONDA

TUJUAN RONDA. Tujuan dia satu jer. Nak pastikan kawasan atau sektor rondaan kita DALAM KEADAAN NORMAL atau BIASA. Tak perlu  nak sebut nak tentukan keselamatan bla bla. Nak buat itu dan ini. Apa maksud 'keadaan normal'? Tuan Puan pembaca pun boleh fikir apa itu keadaan normal. 

Sampah bertaburan! Ada titisan darah di lantai! Ada sebuah motorsikal di luar pagar. Lampu ofis tidak OFF! Seorang staf masih bekerja selepas waktu pejabat. Pelik kan? Dan tentulah ia tidak normal atau bukan biasa. 

Semua ini adalah keadaan yang tidak normal. Adakah ia menjejaskan keselamatan? Mungkin. Pengawal kena terus lapor menggunakan apa saja alat atau media yg ada, dan siasat atau tunggu arahan dari bos.

LEPAS TU? Kita kena siasat. Kena ambil langkah seterusnya... selamatkan nyawa atau harta, betulkan pagar jika ada kerosakan, TAPI jgn lupas; sebelum ambil apa2 langkah, KITA WAJIB lapor kpd Bilik Kawalan atau Ketua. Akhir sekali, catit semua kejadian, ambil foto, dan lepas tugas ronda, BUAT LAPORAN KEJADIAN.

Adakah keadaan yang tidak normal ini termasuk dalam aspek keselamatan? Kadang2 tidak pun. Tetapi staf keselamatan yg sensitif, boleh fikir sendiri. Kita tidak boleh berdiam diri, kecuali kita bukan staf keselamatan.

TEKNIK MERONDA. Naik motorsikal, kereta, basikal atau jalan kaki. Apa pun boleh, asal berkesan dan memenuhi hajat dan tujuan ronda. Fikir2 lah sendiri. Kalau naik motorsikal, 15 minit sudah selesai ronda; baik jangan ronda. Di sini lah Tuan kena lebih waras. "kawasan terlalu luas Tuan" jawabnya. Mudah jer nak selesai... ronda pertama, pergi area bangunan A. Ronda kedua pergi area bangunan B. Kalau ronda jalan kaki kita suruh Pengawal ronda bangunan A hingga H.... memang poyo la kita. Sebelum suruh... baik kita buat dulu. Boleh ke tak dalam masa satu jam.

sambungan TEKNIK MERONDA. Laluan yang kita akan ronda wajib berubah-rubah. Waktu ronda pun tidak sama; setiap satu jam, dua jam, setengah jam, 45 minit..... sebab apa kita buat begini? Supaya sesiapa saja yg ada niat jahat tidak boleh jangka pergerakan kita. Jika mereka tahu jadual ronda kita, pastilah mereka boleh rancang dgn teliti utk elak di tangkap.

PERSIAPAN. Taklimat, jadual, agihan tugas, beri peringatan tentang SOP, kecemasan dan macam2 lagi. Tak perlu taklimat sebab semua sudah tahu tugas masing2. Memang poyo lagi la sapa yg ckp mcm ni.

ALAT. Tidak perlu bom tangan, bom asap, night vision google, spot light heavy duty, gari, M 16 bagai. Alat untuk meronda mesti sesuai dengan tempat, ancaman, tugas, tujuan dll. Nak pula kita kawal sebuah sekolah. Wisel pun dan cukup.

MENYELIA. Tugas utama penyelia ialah mengawal pengawal. Depa ni mcm belut. Gelap licin dan suka dok dalam selut. Bab sembang, lembu pun boleh terbang. Nak menyelia depa ni, antara teknik ialah Penyelia dengan seorang Pengawal. Kalau depa ramai... dia jadi loyar burok. 

DOUBLE CHECK. Tunggu di pos di mana Pengawal kena tandatangan buku ronda. Terang-terangan atau diam-diam. Bukan nak cari salah, tapi nak ngajar. Sambil2 kasi amaran. Lagi banyak double check lagi bagus.

TAKLIMAT. apabila masuk bertugas, Ketua wajib beri kita taklimat. Walaupun tiap hari kita meronda...lagi mahu di taklimat? Sebab setiap hari ada benda yg berbeza. 

'Ingat ni semua, di Blok H ada kontraktor sedang baiki tandas dan penghawa dingin. Mereka dijangka selesai tugas tengah malam ini. Mereka guna sebuah lori 2 ton. Ada 4 orang pekerja semuanya.

'Pastikan pekerja mereka tidak merayau ke Bangunan lain. Mereka baiki 3 buah penghawa dingin, pastikan mereka tidak keluarkan penghawa dingin yang rosak keluar dari sini. Semua yang rosak akan dilupuskan oleh Jabatan Harta'.

itu satu contoh dan sebab mengapa kita wajib terima taklimat.

BUAT LAPORAN RONDA

Semua di atas tu hanya teori dan praktikal jika pengawal cukup bilangannya, kerja tiga syif, alat semua cukup, pengawal semua terlatih, kemudahan mantap, SOP terkini, penyelia keselamatan bukan kaki tuang atau kaki gebang, dan Pengurus Keselamatan tegas kpd semua peringkat. Dan jika Pengurus tegas tetapi pengurusan yang di atas tu pula beri masalah untuk buat kerja dgn baik, maka tak payahlah kita cerita pasal ronda atau pasal keselamatan. Sebenarnya ini sedang berlaku di mana-mana termasuk negara kita juga!

Berbalik kpd SKM Tahap Dua, bab MERONDA.

SECURITY PATROLLING

  • Prepare for patrol duties
  • Perform security patrol and clocking
  • Perform physical threat assessment
  • Conduct property movement inspection
  • Carry out security surveillance
  • Maintain log books and security incident report
Di atas ni ialah 'silibus' yg di gariskan di dalam NOSS. Bagaimanapun, apa yg saya telah tulis di awal tadi sudah di terangkan beberapa perkara tentang tajuk2 kecil di atas. 

  • Prepare for patrol duties
ini bermaksud persiapan untuk tugas ronda. di sini hal pertama ialah terima taklimat. kemudian di sini kita perlu tanya semua perkara yang ditaklimatkan. Sebagai panduan.. ronda di mana, jadual, sorang diri atau berpasangan, ada arahan khas jika ada, peralatan, tindakan jika berlaku apa2 saja, peralatan dll

1.1 tugas2 semasa ronda, laluan dan tuagsan
1.2 laluan sebenar diputuskan, dan kekerapan rondaan
1.3 ambil peralatan dan periksa
1.4 kenalpasti laluan kecemasan
1.5 periksa kenderaan (jika disediakan)

  • perform security ptl & clocking
2.1 melaksana ronda dan clocking (ini bergantung kpd apa yg disediakan)
2.2 utamakan keselamatan diri
2.3 keselamatan orang lain
2.4 membunyi penggera (alarm) atau tindak jika penggera berbunyi
2.5 menggunkana walkie talkie (jika ada) ikut panduan syarikat 

STOP DULU YER.... penat... letih

MAAF YER NOTA UNTUK RONDA NI MEMANG PADAT....
  • Perform physical threat assessment
  • Conduct property movement inspection
  • Carry out security surveillance
  • Maintain log books and security incident report