28.9.24

MAJLIS RASMI: URUSTADBIR SEKURITI

LATIHAN BERKUMPULAN

Minima 5 orang setiap kumpulan, maksimum 6 orang.

Sediakan hasil perbincangan dalam bentuk power point dan kongsi di dalam classroom. Sertakan juga senarai nama penuh ahli kumpulan.

Persembahan dalam kelas pada 2 Oktober 2024.

ISU. majlis perasmian ladang ternak ayam dan pusat latihan organisasi anda akan di adakan di perkarangan masjid di UMS diikuti dgn pameran ternakan ayam itik dan burung puyuh SERTA satu khemah penerangan pusat latihan organisasi anda. ini adalah kerjasama organisasi anda, UMS dan pejabat kerajaan yang berkaitan.

Anda hanya perlu beri khidmat kawalan keselamatan dan kawalan trafik pada hari perasmian dgn kerjasama keselamatan UMS, pihak polis dan RELA.

Acara hari perasmian bermula dgn ketibaan KM pada jam 10 pagi dan selesai pada tengahari selepas makan tengahari. Tetamu khas yang di jangka tiba seramai 65 orang, tidak termasuk tetamu biasa seramai 100 orang. kenderaan di jangka masuk sebanyak 85 buah. persiapan majlis di jangka selama 3 hari sahaja untuk pemasangan khemah dan persiapan pameran. 

Sila beri cadangan khidmat keselamatan dan kawalan trafik meliputi semua perkara yang anda anggap penting. Jawapan mesti di hantar ke 'classroom' sebelum 6.30 pagi, 2 Okt 2024.

=tamat= 


Jika ada majlis rasmi, biasanya ORANG TERAKHIR YG AKAN DIPANGIL untuk hadhir mesyuarat persiapan & perancangan ialah pihak sekuriti. 

ada kalanya tidak di panggil mesyuarat pun. tiba2 ada surat [arahan] suruh kawal majlis. APA BARANG....! mahu kawal trafik bagaimana? parking nya di mana? tetamu berapa ramai? cukup kah tempat parking. ada alternatif ka? tetamu mula tiba jam berapa? majlis betul2 selesai jam berapa? ini lah UJIAN kpd orang sekuriti.

PERKARA UTAMA bila ada tugasan begini, dan untuk masa depan...SEKURITI perlu ada PANDUAN atau SOP. JANGAN SEKALI dengar cakap orang... "masa dulu Tuan...." Sekarang mungkin sudah berubah. Apa saja yg kita rancang MESTI DAPAT RESTU pihak pengurusan.

1. FAHAM PROGRAM utk keseluruhannya dari mula hingga akhir termasuk TINJAUAN TEMPAT oleh AJK majlis, RAPTAI, PERSIAPAN TEMPAT, HARI SEBENAR, dan SELEPAS MAJLIS SELESAI. Pada setiap aktiviti yang akan di lakukan oleh semua AJK syarikat yg di lantik, akan ada aspek sekuriti yang kita perlu kawal. Sekuriti perlu menyebuk diri untuk hadhir, utk dengar apa yg mereka bincang.

2. Tugas utama sekuriti ialah bab keselamatan. Orang sesat jalan atau Bendera tidak pasang dgn susunan yg betul pun sekuriti yg perlu uruskan, walaupun ia bukan aspek keselamatan. Walhal peta yg 'mereka' sediakan amat mengelirukan, dan PR pula tidak ambil pot tentang protokol pemasangan bendera. NASIB BAIK orang sekuriti bijak. bebel la pulak aku ni...

3. Pemilihan anggota untuk bertugas dan latihan serta raptai. Jangan ambil yg ketot (pendek/rendang) serta boyot (gemok) untuk bertugas di barisan depan. Carilah yang segak, tinggi-lampai, kemas, bersih dan yg mesra pelanggan untuk di tugas di barisan depan. Latihan apa? Yg utama ialah cara guna walkie talkie. Pada hari sebenar (D - DAY) penggunaan walkie talkie perlu amat profesional!

4. BAGAIMANA MAHU RANCANG ATURGERAK SEKURITI. [1] Lihat program majlis dgn teliti, dan rancang aturgerak sekuriti. CONTOH besar. Ketibaan tetamu dan VIP. Semua anggota yg bertugas di jalan masuk, tempat parking, dan menyambut di Dewan Utama sudah pun bersedia di pos masing-masing. Jam berapa? Berapa orang? Sarapan jam berapa perlu siap. Baris pagi utk periksa kekemasan dan kesihatan serta peralatan jam berapa?

5. Apabila semua sudah ada di Dewan Utama dlm majlis rasmi itu, mereka yg tadinya bertugas di setiap simpang akan diaturgerak ke mana? Bagaimana dgn keselamatan kenderaan di tempat parkir? Siapa pulak tugas di situ?

6. Bagi setiap fasa, aturgerak anggota berbeza, kekuatan, pakaian, peralatan, taarikh, masa, cobaan, dugaan,...semuanya berbeza.

7. LOGISTIK. Ini amat penting! Napoleon Bornaparte pernah berkata, anggota tentera berjalan di atas perut. Maksudnya apa? Maksudnya, perut mesti di isi bha. Makan minum tandas kenderaan peralatan penginapan waktu rehat latihan raptai.... ini semua mesti di atur dengan teliti. Jika ada elaun lagi baik. overtime la brother! bukan fulus.

SELAMAT MERANCANG DAN BERTUGAS