21.5.22

POLITIK TANAH AIRKU

POLITIK TANAH AIRKU

Wahai saudara-saudaraku Melayu Islam, marilah kita bermuhasabah dengan hati yang tenang dan fikiran yang jujur. Sudah terlalu lama kita terleka, dan dalam kelekatan itu kita juga telah diperleka. Kita sibuk dengan perbezaan kecil, tetapi lupa melihat bahaya besar yang sedang menghakis kekuatan kita sedikit demi sedikit. Hari ini, kita mula bimbang akan satu perkara yang sangat menyakitkan hati: Melayu Islam boleh menjadi lemah di tanah air sendiri.

Kelemahan ini bukan datang secara tiba-tiba. Ia datang kerana perpecahan, kerana kita lebih setia kepada bendera parti daripada roh perpaduan, dan kerana kita terlalu mudah dipengaruhi oleh permainan politik. Parti-parti politik Melayu Islam masing-masing berpegang kepada dasar dan falsafah sendiri. Itu tidak salah. Tetapi apabila perbezaan ini menjadi tembok yang menghalang kerjasama, maka yang rugi bukan parti, tetapi bangsa dan agama.

Hakikatnya, rakyat biasa sentiasa berada di bawah kawalan dan pengaruh kepimpinan politik. Apabila pemimpin berpecah, rakyat ikut berpecah. Apabila pemimpin bertelagah, rakyat menjadi keliru dan jadi mangsa berbagai dasar, polisi dan pentadbiran baru. Sebab itu, kita sebagai rakyat tidak boleh menyerahkan seluruh masa depan kita kepada parti semata-mata. Walaupun tidak menyertai mana-mana parti, kita tetap wajib membuat pilihan yang bijak, kerana pilihan kitalah yang akan menentukan keselamatan dan hala tuju Melayu Islam.

Ingatlah, payung terakhir kita ialah Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu. Institusi ini juga tidak terlepas daripada tekanan dan permainan politik. Jika rakyat lemah, institusi ini akan lebih mudah diperkecilkan. Maka kekuatan sebenar mesti bermula dari jiwa rakyat sendiri.

Marilah kita bersatu bukan kerana parti, tetapi kerana Allah, Islam, bangsa Melayu, dan masa depan anak cucu kita. Bersatu dalam roh, bersatu dalam tujuan, dan berbeza dengan adab. Jika kita terus berpecah, jangan salahkan orang lain apabila kita akhirnya menjadi lemah di negeri sendiri.

Hanya Islam yang terbukti adil kepada semua bangsa dan agama, dan hanya Melayu yang sudi menerima berbagai kaum dan kepercayaan datang menetap di Tanahair mereka. Dan Islam mengajar kita supaya adil dengan semua manusia.

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا

Maksudnya: Sesungguhnya Allah perintahkan kamu supaya menunaikan amanah kepada ahlinya. Dan apabila kamu berhukum di antara manusia, bahawa kamu menjatuhkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah sebaik-baik yang mengingatkan kamu dengannya. Sesungguhnya Allah, Dia lah Tuhan yang Maha Mendengar, Lagi Maha Melihat. (An-Nisa’: 58)

Kita sudah alami dengan rasuah yang berleluasa dan salah guna kuasa yang melampau seperti berlaku hukuman yang double standard, membenar pencerobohan tanah, 'menghukum rakyat' selepas selesai pilihanraya, negara dan korporat kaya raya manakala rakyat terhimpit,  politiking yang keanak-anakan serta perangai 'siapa besar', dan keruntuhan akhlak yang bertentangan dengan budaya dan nilai ketimuran,   

Sedar dan bangunlah rakyat semua. Seruan ini demi keselamatan negara yang berbilang kaum, ugama dan kepercayaan. Hanya Islam yang boleh memimpin dengan adil kerana kita berpandukan Al Quran dan Sunnah.


18.5.22

RUSSIAN UKRANIAN WAR

When War Becomes Normal and Humanity Becomes Selective

The world today appears increasingly comfortable with war. Conflicts dominate headlines, military briefings are broadcast daily, and political leaders speak in strategic language that often masks the human cost beneath it. Yet the most important question is rarely asked plainly: where does humanity stand when violence becomes routine?

In the Middle East, the suffering of Palestinians has continued for decades, and in recent years it has intensified dramatically. Civilians—women, children, and the elderly—have paid the highest price. Homes are destroyed, hospitals overwhelmed, and access to water, electricity, and medical care repeatedly disrupted. What troubles many people around the world is not only the suffering itself, but the unequal response to it. Civilian deaths in some regions provoke immediate outrage and action, while similar suffering elsewhere is explained away, delayed, or justified under the language of “security” and “self-defence.”

This inconsistency has deeply damaged global trust. Human life should never be valued differently based on geography, race, or political alliances. When civilian suffering is selectively condemned, moral authority weakens, and resentment grows.

Meanwhile, the war in Europe has already demonstrated how no conflict remains local in a globalised world. The war in Ukraine has disrupted energy supplies, increased food prices, strained global supply chains, and contributed to inflation far beyond Europe’s borders. Sanctions imposed with strategic intent have also rebounded, placing pressure on ordinary citizens through higher living costs and energy insecurity. These effects remind us that modern wars are not fought only with weapons, but through economies, food systems, and daily survival.

More worrying still is how war itself is becoming normalised. Conflict is discussed in analytical terms—territory, influence, deterrence—while human suffering is reduced to numbers. At the same time, enormous resources continue to be channelled into weapons development and military expansion, while food security, environmental protection, and social welfare receive far less urgency. This imbalance reflects a troubling shift in global priorities.

History teaches us that wars are rarely borne by those who decide them. It is ordinary people who suffer: families who lose homes, children who lose futures, elderly people who endure fear and deprivation. When shelves begin to empty, when fuel becomes scarce, and when food prices rise beyond reach, political rhetoric offers little comfort. In such moments, wealth and power lose meaning, and basic survival becomes the true measure of security.

This is why policymakers and decision-makers must pause and reflect. Leadership is not measured by strength alone, but by restraint, empathy, and moral clarity. Power should be used to protect life, not to normalise destruction. Dialogue, justice, and accountability are harder paths than war, but they are the only ones that prevent endless cycles of suffering.

Finally, there is a responsibility that cannot be ignored: the responsibility of the media. Media organisations shape public understanding, emotion, and memory. Reporting must go beyond official statements and strategic narratives. Journalists must report what they see, but also what they perceive—the human reality behind the events. This does not mean taking sides, but it does mean refusing to sanitise suffering or apply double standards.

Truthful reporting requires courage: the courage to show civilian pain wherever it occurs, to question power respectfully but firmly, and to remind audiences that behind every conflict are human lives that matter equally.

The world does not lack intelligence, technology, or information. What it risks losing is compassion. If wars continue to be treated as acceptable tools and suffering as collateral detail, the future will not be defined by peace or progress, but by moral failure.

History will not remember who spoke the loudest or possessed the strongest weapons. It will remember who chose humanity when it mattered most.


an unnecessary war we may called but the suffering of Palestinian supported wholly by the US and UK and the rest, to slaughter women and children and elderly is what? Just because whites are not being killed.... its OK by your standard. 

Well its not worth reading anyway. Not worth elaborating too.

The war in Europe has already give some effect. Food security and petrol/gas. But your immoral scientist is still busy modifying your virus. Well if your citizens do not know where is UK France and Dubai.... you can go ahead, keep on telling lies. They don't even know geography

Prime Minister Tun Mahathir once said, US should be using its money to green their desert. But being arrogant, u r instead busy bombing other countries.

We saw in the media, shelves in US shops is already partly empty of milk powder. More to come, no worry. The world will face similar phenomena v soon.

I m worry too, I have only few cassava plants and some coconuts. 7 to 9 chickens. What do u have? Money? What can u buy if all shelf is empty.

Go ahead... create more war.

TODAY (August 2022), sanctions by NATO boomerang back to you. Winter is coming and Germany is going to suffer because you need extra gas to keep warm.

Nobody want to send troops to Ukraine because Russia is too strong. Death is imminent.


1.2.22

KESELAMATAN PREMIS HOLISTIK

Keselamatan Holistik Premis: Pendekatan Menyeluruh ke Arah Perlindungan Berkesan

Keselamatan premis pada masa kini tidak lagi boleh ditakrifkan secara sempit sebagai kawalan fizikal semata-mata. Persekitaran operasi yang semakin kompleks, melibatkan manusia, aset, maklumat, dan pihak ketiga, menuntut satu pendekatan yang lebih menyeluruh dan bersepadu. Justeru, konsep keselamatan holistik premis menjadi semakin relevan kerana ia menekankan pencapaian keselamatan melalui gabungan elemen fizikal dan bukan fizikal yang saling menyokong antara satu sama lain.

Secara ringkas, keselamatan holistik premis boleh difahami melalui tiga teras utama, iaitu perlindungan fizikal, perlindungan bukan fizikal, dan peranan manusia sebagai penghubung antara kedua-duanya. Kegagalan dalam mana-mana satu elemen ini berpotensi melemahkan keseluruhan sistem keselamatan, walaupun elemen lain kelihatan kukuh di atas kertas.

Dari sudut keselamatan fizikal, tumpuan utama bermula di pintu masuk utama atau main access, yang berfungsi sebagai titik kawalan pertama terhadap pergerakan keluar masuk individu dan kenderaan. Kawalan akses yang jelas, tersusun, dan dipatuhi amat penting bagi mencegah pencerobohan, penyamaran, atau kemasukan tanpa kebenaran. Bangunan, fasiliti, dan infrastruktur sokongan pula perlu berada dalam keadaan baik, selamat, dan berfungsi mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Ini termasuk sistem kunci, pencahayaan, penggera, kamera, serta kemudahan sokongan lain yang mesti disenggara secara berkala dan direkodkan dengan teratur.

https://bsdis.uchicago.edu/sites/bsdis/files/styles/large/public/2024-03/iso-image.jpg?amp%3Bitok=zZb1Fuas&h=271aaa1c


Keselamatan fasiliti dan aset juga merupakan komponen kritikal dalam aspek fizikal. Semua aset perlu dikenal pasti, direkodkan, dan diselenggara dengan baik bagi mengelakkan kehilangan, kerosakan, atau penyalahgunaan. Aset yang tidak digunakan hendaklah disimpan dalam keadaan selamat, dikunci, dan ditutup (OFF) bagi mengurangkan risiko keselamatan dan kemalangan. Pendekatan ini bukan sahaja melindungi harta organisasi, malah menyumbang kepada persekitaran kerja yang lebih selamat dan teratur.

Namun demikian, kekuatan sebenar keselamatan holistik terletak pada elemen manusia. Semua anggota keselamatan perlu dilatih secara formal, kompeten dalam tugas, peka terhadap ancaman, serta mampu bertindak dengan tegas tetapi sopan. Profesionalisme anggota keselamatan mencerminkan tahap keselamatan sesebuah premis. Dalam masa yang sama, semua kakitangan lain juga perlu mempunyai kesedaran keselamatan asas, mematuhi prosedur operasi standard (SOP), polisi, dan peraturan yang ditetapkan. Keselamatan bukan tanggungjawab pasukan keselamatan semata-mata, tetapi tanggungjawab bersama seluruh warga organisasi.

Pihak ketiga seperti kontraktor, pembekal, dan pekerja luar yang berada di dalam premis turut tertakluk kepada peraturan keselamatan yang sama. Mereka wajib mematuhi SOP, polisi, dan peraturan organisasi tanpa pengecualian. Kelonggaran terhadap pihak ketiga sering menjadi titik lemah keselamatan, justeru kawalan, pemantauan, dan kesedaran perlu dikuatkuasakan secara konsisten.

Aspek bukan fizikal pula melibatkan perlindungan maklumat dan pengurusan tingkah laku manusia. SOP, polisi, dan peraturan keselamatan hendaklah sentiasa dikemas kini selaras dengan perubahan risiko dan keperluan operasi. Semua dokumen penting dan maklumat sensitif perlu disimpan dengan selamat, dikunci, dan hanya boleh diakses oleh individu yang diberi kebenaran. Amalan perkongsian kata laluan hendaklah dielakkan, dan prinsip need to know basis perlu dipatuhi bagi memastikan maklumat berdarjah hanya dikendalikan oleh pihak yang layak.

Selain itu, penerapan prinsip Crime Prevention Through Environmental Design (CPTED) perlu dilaksanakan dan dikuatkuasakan secara menyeluruh, sama ada di dalam atau di luar bangunan. Reka bentuk persekitaran yang selamat, pencahayaan yang mencukupi, laluan yang jelas, dan kawalan semula jadi terhadap pergerakan manusia mampu mengurangkan peluang jenayah dan meningkatkan rasa selamat dalam kalangan penghuni premis.

Kesimpulannya, keselamatan holistik premis hanya dapat dicapai apabila elemen fizikal, bukan fizikal, dan manusia digabungkan secara bersepadu dan konsisten. Pendekatan ini menuntut bukan sahaja sistem dan peralatan yang baik, tetapi juga sikap, disiplin, dan kesedaran semua pihak yang berada dalam premis. Dengan mengamalkan keselamatan sebagai satu budaya organisasi, bukan sekadar prosedur, risiko dapat diminimumkan dan persekitaran yang selamat serta berdaya tahan dapat diwujudkan secara berterusan.

30.1.22

SKM2 DAN CSG: ISU KEUTAMAAN

Peranan SKM Tahap 2 dan CSG dalam Industri Keselamatan: Satu Renungan

Pembangunan kompetensi dalam industri keselamatan swasta merupakan salah satu aspek penting dalam usaha meningkatkan profesionalisme, kebolehpercayaan, dan mobiliti kerjaya pengawal keselamatan di Malaysia. Dalam konteks ini, dua instrumen latihan yang sering dirujuk ialah Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 (SKM2) dan Certified Security Guard (CSG), kedua-duanya dahulu diperkenalkan melalui PPKKM dan kini berada di bawah kelolaan Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM). Walaupun kedua-duanya mempunyai objektif tersendiri, wujud keperluan untuk memahami kedudukan dan sumbangan relatif masing-masing terhadap pembangunan modal insan dalam sektor keselamatan.


1. SKM Tahap 2 sebagai Piawaian Kemahiran Nasional

Dari perspektif pendidikan kemahiran dan dasar sumber manusia, SKM2 mempunyai kedudukan yang signifikan kerana ia merupakan sebahagian daripada Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia yang diselia oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Piawaian ini:

  • menggariskan kompetensi teras bagi pengawal keselamatan,

  • diiktiraf secara nasional merentas sektor,

  • mempunyai nilai pasaran untuk kenaikan pangkat dan gaji,

  • serta membuka laluan kerjaya hingga Tahap 3, 4 dan 5.

Dalam amalan industri, SKM2 memberi pengawalan kemahiran yang lebih komprehensif—meliputi kawalan akses, rondaan, pengurusan kunci, pemeriksaan muatan, laporan keselamatan, serta khidmat pelanggan. Kemahiran-kemahiran ini amat relevan kepada operasi harian sebuah organisasi, menjadikan SKM2 bukan sahaja bermanfaat kepada individu, malah menyokong objektif keselamatan organisasi secara menyeluruh.


2. Peranan CSG dalam Pembentukan Identiti Pengawal

Sementara itu, CSG menawarkan komponen latihan yang memberi penekanan kepada aspek disiplin, imej, dan persembahan diri. Banyak organisasi menghargai elemen seperti kawad, protokol, dan formasi kerana ia membantu membina identiti korporat serta meningkatkan keyakinan pihak pengurusan terhadap kehadiran pengawal keselamatan. Oleh itu, CSG dapat dilihat sebagai instrumen pelengkap yang menyumbang kepada aspek penampilan profesional dalam industri.

Namun dari sudut akademik, terdapat perbincangan mengenai skop dan fokus CSG kerana ia tidak berada dalam struktur pensijilan kebangsaan dan mempunyai aplikasi yang lebih terhad kepada organisasi tertentu. Dalam konteks ini, CSG berfungsi sebagai latihan tambahan, bukannya sebagai laluan pembangunan kemahiran jangka panjang.


3. Menyepadukan Identiti dan Kompetensi: Keperluan Menentukan Keutamaan Latihan

Isu yang sering muncul dalam amalan industri ialah kecenderungan untuk menilai kecekapan pengawal melalui aspek fizikal atau protokol, tanpa meneliti kompetensi kerja sebenar yang mendasari tugas-tugas mereka. Dari perspektif penyelidikan profesional, ini boleh menghasilkan ketidaksepadanan matlamat latihan, di mana penekanan terlalu berat kepada penampilan berbanding fungsi teras keselamatan.

Seorang pengawal keselamatan yang mempunyai kemahiran teknikal—seperti membuat laporan insiden yang tepat, mengurus sistem kawalan akses, berkomunikasi dengan pelanggan atau tetamu, serta memahami SOP risiko—selalunya memberi impak yang lebih langsung kepada keselamatan organisasi berbanding kemahiran kawad atau tindakan protokol. Ini tidak bermakna latihan disiplin tidak penting, tetapi keutamaan latihan perlu selari dengan keperluan operasi sebenar.

Dalam pengalaman pengamal industri, terdapat juga situasi di mana organisasi cuba memperluas penggunaan salute atau protokol tertentu. Secara akademik, hal ini perlu diteliti dengan lebih cermat kerana salute ialah satu bentuk penghormatan rasmi yang secara tradisinya diberikan kepada individu yang memegang jawatan tertentu. Penggunaannya dalam organisasi komersial memerlukan pertimbangan teliti agar tidak mengaburi fungsi sebenar pengawal keselamatan.


4. Memantapkan Dasar Latihan Berasaskan Kepentingan Industri dan Pekerja

Kedua-dua program—SKM2 dan CSG—mempunyai sumbangan masing-masing. Namun, dalam konteks pembangunan kerjaya jangka panjang dan penambahbaikan ekosistem tenaga kerja nasional, SKM2 wajar diberi keutamaan kerana ia:

  • menyediakan kemahiran boleh-alih (transferable skills) merentas sektor,

  • meningkatkan nilai pasaran pekerja,

  • mengurangkan kebergantungan kepada latihan dalaman,

  • dan selari dengan agenda TVET negara.

Manakala CSG boleh berfungsi sebagai komponen nilai tambah yang meningkatkan imej, disiplin, dan keyakinan organisasi terhadap profesionalisme pengawal.

Pendekatan bersepadu ini akan memastikan industri keselamatan tidak terperangkap dalam latihan bersifat kosmetik atau ritual semata-mata, tetapi bergerak ke arah latihan berimpak tinggi yang menyumbang kepada pembangunan bakat nasional dan profesionalisme industri.


Penutup

Secara keseluruhan, perbincangan mengenai SKM2 dan CSG mendedahkan keperluan untuk menyusun semula keutamaan latihan dalam industri keselamatan. SKM2 menyediakan asas kukuh untuk kemahiran teras dan pembangunan kerjaya, manakala CSG menawarkan unsur penampilan dan pembentukan identiti. Penilaian yang seimbang dan berpaksikan kepada keperluan sebenar industri akan memastikan semua sumber latihan digunakan secara optimum, tanpa dipengaruhi oleh kecenderungan individu atau organisasi.

Pendekatan yang lebih jelas dan terarah ini juga selari dengan usaha profesional untuk menjadikan industri keselamatan lebih tekal, tersusun, dan berorientasikan masa depan—demi manfaat organisasi, pekerja, dan negara.

POLITIK MALAYSIA DAN KESELAMATAN NEGARA (semenjak 2022)

Sebagai seorang pemerhati biasa yang tidak mempunyai kepentingan politik atau kedudukan dalam rangka keselamatan negara, pandangan saya datang daripada ruang yang lebih luas dan neutral. Saya bukan pakar, bukan penganalisis politik, apatah lagi konsultan strategik—sekadar seorang rakyat biasa yang berbual dengan rakan-rakan di masjid, dengan tukang gunting, dan dengan orang kampung yang mengikuti perkembangan negara dari bawah.

Menariknya, persepsi masyarakat akar umbi ini kadangkala berbeza jauh daripada tafsiran para penganalisis, ahli strategik, atau pemain politik yang sedang berusaha mempertahankan kedudukan masing-masing. Mereka melihat dari menara kaca; kami melihat dari tanah tempat rakyat berpijak.

Dan kerana negara ini mendukung sistem demokrasi—yang menjamin ruang untuk suara rakyat—maka izinkan saya berkongsi satu pandangan sederhana: pandangan seorang rakyat biasa terhadap perjalanan governance negara yang semakin hari semakin mencabar.

Pandangan ini mungkin tidak sempurna, tetapi ia lahir daripada kegelisahan kolektif rakyat yang mahukan sebuah negara yang bersih, stabil dan dihormati.




Gambaran dalam rajah ini sebenarnya mengundang kebimbangan yang munasabah. Ia memperlihatkan suatu realiti bahawa landskap politik Malaysia, pada titik tertentu, seolah-olah dipengaruhi oleh kelompok yang kecil jumlahnya tetapi besar kuasanya. Walaupun kita tidak mempunyai bukti untuk mengaitkan mereka dengan rangkaian jenayah terancang atau jaringan kuasa korporat tertentu, persepsi masyarakat terhadap kemungkinan ini semakin kuat. Ini bukan semata-mata kerana teori, tetapi kerana rentetan peristiwa yang menghakis keyakinan rakyat terhadap integriti tadbir urus.

Kenaikan harga barang yang tidak terkawal, kehilangan Tanah Rizab Melayu melalui kaedah yang meragukan, pencerobohan hutan simpan, eksploitasi sumber asli, penyeludupan kayu balak, kegiatan perjudian, dadah dan aktiviti pelacuran—semuanya memberi gambaran bahawa ada struktur kuasa yang jauh lebih besar daripada undang-undang yang termaktub. Lebih menakutkan apabila pelbagai inisiatif kerajaan untuk membanteras jenayah ini kelihatan tidak membawa perubahan yang signifikan. Maka timbul persoalan: apa sebenarnya yang sedang berlaku?

Ada yang melihat semua ini sebagai sebuah strategi yang perlahan tetapi sistematik—melemahkan negara dengan meruntuhkan tiga asas utama: agama, bangsa dan akhlak generasi muda. Seperti konsep “deradicalisation” yang disalah tafsirkan, manusia kadangkala dianggap harus dibebaskan daripada identiti asal mereka, tetapi tujuan akhirnya hanyalah untuk memutuskan akar keyakinan hingga individu hilang hala tuju.

Sementara itu, kerosakan sosial melalui penyalahgunaan dadah terus menular. Data menunjukkan kelompok paling terjejas merupakan golongan muda di kawasan rentan. Dalam keadaan begini, sebahagian elit politik pula seolah-olah tidak mengambil berat tentang asas-asas keagamaan dan moral dalam keluarga mereka sendiri. Yang menjadi sasaran adalah golongan belia, tetapi pembentukan akhlak ibu bapa yang menjadi asas pendidikan awal sering diabaikan. Ini menimbulkan persoalan tentang koheren dan logiknya strategi pembangunan insan negara.

Sektor pendidikan pula berada dalam keadaan yang membingungkan. Universiti sibuk memperkenalkan program-program baharu, namun graduan masih tercari-cari ruang pekerjaan—sedangkan akses kepada pasaran antarabangsa seperti Timur Tengah, Asia Barat atau Afrika, yang sepatutnya mampu menyerap graduan terdidik, jarang sekali diterokai secara serius. Ekonomi peluang negara pula kelihatan terhad kepada kelompok korporat tertentu, menjadikan graduan terperangkap dalam pasar kerja yang sempit.

Dalam suasana ini, politik negara tampak semakin rapuh. Individu yang kurang berkelayakan namun gigih mengejar jawatan politik menjadi fenomena biasa. Jika ada ruang reformasi, mungkin antara syarat calon politik ialah memiliki latar belakang pendidikan asas, rekod integriti yang bersih, kefahaman menyeluruh mengenai pentadbiran, serta kemampuan komunikasi yang profesional. Undi rakyat bukan hadiah; ia amanah berat yang memerlukan kompetensi yang jelas.

Politik tidak boleh lagi dilihat sebagai medan retorik, pertunjukan imej atau peluang menambah kemewahan. Ia mesti difahami sebagai disiplin tadbir urus negara—serius, kompleks dan memerlukan ketegasan. Sejarah dunia menunjukkan bahawa pemimpin yang tegas dan konsisten sering membawa negara ke arah kestabilan dan pembangunan; Singapura, Indonesia, Jerman, Turkiye—semuanya pernah melalui era kepimpinan yang tegas dan berprinsip.

Akhirnya, kita harus akui: apabila tadbir urus gagal dikuatkuasakan, undang-undang paling keras sekalipun tidak akan bermakna. Seperti yang pernah disebut oleh seorang Sultan, “hukuman berat tidak berguna jika pelaksanaannya lemah.” Kata-kata ini bukan hanya teguran, tetapi peringatan mendalam mengenai masa depan negara. Jika governance longgar, negara akan berada pada titik kritikal.

Semoga renungan ini memberi kesedaran halus bahawa negara memerlukan perubahan menyeluruh—bukan dalam bentuk kemarahan atau dendam, tetapi dalam bentuk kesedaran kolektif yang matang.