28.7.21

PENGURUSAN PERSEPSI

Dulu time saya belajar bab propaganda, tak habis-habislah dok cerita pasal propaganda. Sekarang topik ini di luaskan jadi 'pengurusan persepsi' (perception management). Tak payah baca buku, tenguk tajuk dah tahu. Cuma pendekatannya lebih luas.

Ini termasuk fitnah, rombongan ziarah last minute, buat press statement, berlakon sedih, buat artikel kat media, sogok RTM suruh ambik foto dia, cakap yg baik-baik masa kat parlimen... macam-macam lah lakonan depa dan syarikat2 tertentu.

Umpamanya buat family day, team building, bagi bonus..... semuanya ada udang dlm mee.

PENTINGnya, kita kena sentiasa hati-hati. 22 bulan mereka perintah, hancus negara ini. Perpaduan jadi perpecahan. Rakyat semakin kecik mata tenguk kawan2 sekolah zaman dulu. Apa lagilah bila tenguk PTD [pegawai tadbir diplomati] yg rasuah cepat2 di tukar keluar nak elak kena cekup. Itu belum lagi depa dapat tanah kurnia, kat kg tersusun dapat corner lot, pangkat, kemudahan dll.

Saya bukan fitnah, tapi nak bgtau bahawa dlm perception management ni, segala perbuatan kita mencerminkan kita. Ia sangat rumit dan menyeluruh. Kena berlakon sungguh-sungguh. Tak boleh tidor dgn bini dengan nyenyak. Kena ada 3 biji henfon.

Kalau kita cakap A tetapi perangai C, hancus. Tenguk parti politik yg cuba bela penceroboh hutan simpan untuk musang king. Pertama langgar SOP, kedua di Pulau Pinang, tanam pokok di tanah kerajaan, hukuman dia sangat tinggi. Bukan kah ini antara A dan C. Maka rakyat akan menyampah dgn kita. Dia lah... bukan kita.

Pengalaman saya dlm isu ini, ada sorang pengurus kanan jaga bos mcm nak mampus.



PENGETAHUAN ILMU KESELAMATAN

Keselamatan fizikal, keselamatan perlindungan, keselamatan dan kesihatan. Semua nak sama, tapi berbeza.

Tapi apa itu keselamatan? Jawapan dia mudah. "Nampak selamat, rasa selamat". Berani jalan sorang2 waktu malam di area Chow Kit atau Bukit Bintang? Nah itu lah dia! Tak nampak selamat, dan rasa pun tak selamat.

Tapi kalau ramai-ramai atau ada pistol, mungkin OK kot! Atau tempat itu mesti terang benderang, orang tak berapa ramai dan tak berapa sikit, ada polis meronda.... lagi OK kan. Ringkasnya, kita boleh buat jadi lebih selamat dengan hanya terangkan kawasan, bersihkan kawasan, aktifkan tempat itu dengan warong, dan lain-lain.

Nah itu lah dia... akhirnya kawasan itu di ubah kepada nampak selamat dan rasa selamat.

ADA ORANG pernah kerja selama 10 tahun di Universiti Malaya. Dia kata dia hebat. Saya kata tak! Dia marah. Saya kata kamu kerja setahun setahun setahun... selama 10 tahun. Itu saja. Ilmu kamu tidak berkembang.

Lihat cara kamu berpakaian, kasut kamu, misai kamu, sikap kamu.... apa yg boleh di katakan kamu itu bagus? RINGKAS nya kat sini, dari atas ke bawah, ia mencerminkan keselamatan tempat kita kerja. Kalau pengawal comot, adakah keselamatan tempat kerja kita TIDAK COMOT.

KEDUA. Pengawal itu tahu kah selok belok tempat kerja. Lokasi semua jenis pemadam api. Apa kebolehan setiap alat pemadam api. Setiap satu mesti berbeza kan? Laluan kecemasan, laluan kenderaan bomba, no telefon semua bos yang penting jika berlaku kecemasan dll.

Semua No telefon polis, bomba, bos, pengurus, penyelia.... ada tak dlm fon dia.

JADI.... sebagai pegawai keselamatan, atau eksekutif atau pengurus keselamatan, kita kena tahu selok belok tempat kita kerja, staf kita, ilmu mereka, SOP, manual, rancangan kecemasan, security assessment, security audit, risk assessment, training mereka, dan macam-macam lagi.

ITU BARU PENGENALAN kpd bab ilmu keselamatan.

Ilmu KESELAMATAN sangat luas. Dalam pada itu, ada protokol, ada perkara yg tidak tertulis. Keselamatan mahu A, tetapi pengerusan mahu B. Pihak safety mahu C. Kita kena ada persetujuan kepada sesuatu perkara supaya senang untuk berbincang. Contohnya, semua orang setuju bahawa KESELAMATAN itu penting.

Bagaimana mahu capai KESELAMATAN? Itulah yg jadi masalah. Rancang betul2, dan mohon kelulusan dan restu BOS. Kadang2 selepas kita faham hasrat pengurusan, baru kita tahu apa itu keselamatan.

Kalau kita seorang Pengawal Keselamatan, kita kena faham semua tu. Kalau kita Pengurus Keselamatan, kita ken aterangkan kpd Pengawal Keselamatan. Kita kena faham bahawa, Pengawal Keselamatan akan rasa dia manusia paling hebat sebab dia kenal Tan Sri atau Dato Sri. Pengawal begini lah yg akan beri masalah kepada Jabatan Keselamatan.