28.10.15

Kebajikan Pengawal Keselamatan


Pada kebiasaannya, kebajikan pekerja dipertimbang selepas terdapat pelbagai isu yg menjejaskan kelicinan pekerja membuat kerja. Isu menjejas mental dan fizikal. Hasilnya? Produktiviti berkurangan, dan isu disiplin bertambah. Di bawah ini diutarakan pelbagai isu itu.

Jenayah. Umum tahu terdapat penjenayah dan penagih dadah yg bekerja sebagai pengawal. Selain itu atau mungkin lebih parah lagi, terdapat pengurusan atau empunya syarikat terlibat dengan jenayah, dadah atau mengambil segala peluang dan ruang mengeksploitasi pengawal. Banyak risiko bekerja dgn keadaan begini.

Pendatang Asing. Perkara ini masih berlaku. Mereka ini lebih baik dari orang tempatan kerana amat jarang untuk lari selepas dapat gaji. Cumanya mereka ini hanya hadir jer la. Bila sudah lama baru pandai sikit. Tapi mereka ini ramai yang boleh berbahasa inggeris. Ramai juga yang langsung tak boleh nak cakap Melayu atau inggeris.

Dulu ramai juga pendatang Indonesia atau Filipina yang masuk melalui Sabah dan mengaku rakyat Malaysia. IC pun IC biru. Sekarang sudah amat berkurangan.

Dan...mereka ini tidak dilatih di PULAPOL seperti rakyat Msia.

Kebajikan mereka? Ramai juga yg kena kerja 24 jam sebab orang tak cukup khususnya bila pengawal ganti tidak datang. Ada setengahnya, tempat tidur, van, makanan pun ala ala gitu jer yang disediakan oleh majikan.




Tidak Terlatih. Masih boleh diterima jika pengawal belum lagi hadir kursus di PULAPOL atau mana-mana tempat. Tetapi jika seseorang yang belum hadir kursus tetapi memakai pakaian Polis Bantuan serta tidak mempunyai kad pengenalan diri seorang Polis Bantuan, ia memberi risiko yang tinggi kepada pelbagai aspek.



Tidak Disediakan PPE. Dalam Akta 514, jelas, majikan bertanggungjawab menyediakan kasut keselamatan [safety shoes], dll. Malangnya ada pekerja dipotong gaji untuk kasut keselamatan.




Pembelian Pakaian Seragam. Inilah satu2nya industri di mana pengawal membeli sendiri pakaian seragam untuk bekerja. Harga yang 'dijual' termasuk sedikit keuntungan. Gaji dipotong setiap bulan hingga selesai. Kesilapan potong gaji kerap berlaku.




Kemudahan Perubatan. Terlalu sedikit syarikat yg sediakan klinik penal.

Latihan. Terlalu sedikit syarikat sediakan latihan kecuali diarahkan oleh pelanggan.

Rancangan Kerjaya. Syarikat mencarum kpd HRDF, bagaimanapun amat sedikit pengawal di hantar hadir kursus2 lain bagi persediaan pembangunan kerjaya di sykt yg sama atau untuk masa depan mereka.

Tugas Lebih Masa. Bertugas 12 jam sehari adalah perkara biasa, dan terdapat juga pengawal yg diminta bertugas lebih dari waktu tersebut. Ini bertentangan dengan Akta Pekerjaan.




Kemudahan Asrama dan Kenderaan. Kebanyakan tidak terjaga walaupun pengawal dipotong gaji.

Insuran dan Khairat Kematian. Tidak tahu apa kedudukannya.

Pelbagai Kemudahan. Pada dasarnya jika pengawal dipotong gaji bagi setiap kemudahan, maknanya majikan tidak menyediakan apa2.

Peralatan Meronda dan Tugas. Alat yang disediakan ala kadar sahaja, dan banyak yg tidak berfungsi.

Jadual Kerja. Masih berlaku ketidak-seragaman dan pengawalan di mana terdapat pengawal yg bertugas waktu siang sahaja dan sebaliknya.

Mengatasi masalah di atas sama seperti menjaga kebajikan pengawal keselamatan. Mereka tiada kesatuan sekerja. Soalannya, siapakah yang betul2 bertanggungjawab atas kebajikan mereka?

Sebenarnya isu eksploitasi ke atas pengawal tersangat banyak jumlahnya dari segi nilai wang. Jika seorang pengawal tidak dibayar gaji berjumlah 5.00, berapakah jumlah bagi 30,000 orang pengawal. Perkara ini berlaku kerana OT yang tidak dibayar dengan efisyen dan gaji yang dibayar pada 7 haribulan setiap bulan. Selepas pengawal terima gaji, beliau terus saja berhenti. Maknanya 7 hari punya gaji akan lesap.

Jika kenderaan yag disediakan rosak, mereka terpaksa naik teksi. Adakah tambang teksi itu diganti semula. 

Bagi beberapa tugasan, syarikat menuntut bayaran yg lebih tinggi dari biasa kerana pengawal terpaksa bertugas dengan komputer dan sebagainya. Bagaimanapun, pengawal tersebut menerima gaji pada kadar biasa.

PPKKM tidak sebanyak manapun bersuara tentang aspek kebajikan ini kpd ahli2nya dgn lantang. Pengawal tidak tertakluk kepada Akta Kesatuan. Makanya, kebajikan mereka seperti terabai. Pada waktu ini, hanya minum salary sahaja yg menjadi hak mereka. Itu pun atas inisiatif kerajaan.


Masalah di atas banyak berlaku bagi pengawal swasta khasnya.


PPKKM patut melantik seorang pegawai di setiap negeri bagi menjaga kebajikan pengawal. Beliau bertugas secara bebas dan diberi kuasa mengodit semua aspek pengurusan sumber manusia dan menjadi pusat aduan bagi sesebuah negeri.

Ini merangkumi pengawal tempatan dan Nepal. Ini pun jika kita rasa ada tanggungjawab ke atas pekerja yg diamanahkan oleh Allah swt.


Sehingga hari ini saya tidak pasti sudah ada kah  Kesatuan Pengawal Keselamatan untuk jaga kebajikan ahli. Saya tahu pengawal Maybank ada kesatuan mereka sendiri. 

Traditional Intteligence

You and I know, the weakest point in the most sophisticated technology, SOP, procedure etc is human. Malaysian authorities are 'corrupted lot'....you say. But who bribes them. Businessmen! From which race [majority]? GOT YOU! you feel insulted already.

In Vietnam just very recently [this week], locals are demonstrating....Chinese get out! Apparently this race are starting to have similar issues in many other countries.


Sorry...I am just re-reporting.

What Ive just exposed above is a very basic propaganda of hatred. This is one of the initial move to recruit a 'friend', a supporter and a sympathiser. What I was doing is an act of 'subversion', in a real sense. I can make you to become a terrorist if I want. Join IS voluntarily. Or join a tabligh group. Or join any NGO such as Islamic Relief.

Back to the 1st sentence, I may be able to get a useless piece of info from your country....in the beginning. Later after some 'stupid' discussion, I will make you to believe SOP is everywhere. I can xerox from internet, I can create....and I think your SOP is just like ordinary SOP. You will deny that and I tell you....let us make comparison.

Good speakers can turn around a decent man
In the 'int' world, any stupid looking person is a suspect. The more a person is close to you, the more suspicious he should be. Today, the whole family is involved. That make your job easier. He may make the 1st move and that will give you to respond by what we call counter intelligence.

So far....no high tech equipment is being 'deployed'.

In the Malay Federation, about 10 yrs before 2nd World War, Japanese int were already here. They impersonate as barbers and bicycle repair shop [majority]. They move freely making detail maps of the peninsular including trek path. Allied Forces cant stop their advanced because they knew every 'short cuts'. They used bicycles to move! They created 'story' that they would attack Spore from the sea and that made Allied Forces to focus on every beach. That is the beauty of 'traditional intelligence'.

Sila klik di sini untuk cadangan & pertanyaan




22.10.15

Pengawal Keselamatan Bank

Ada beberapa jenis pengawal di bank
pengawal sendiri [in house]
polis bantuan [juga in house]
pengawal luar [dari syarikat keselamatan dan ada juga Polis Bantuan]

Apa tugas mereka?
Bergantung di mana mereka bertugas. [1] Di Ibu Pejabat [2] Cawangan [3] Recovery Centre [4] Pusat Latihan [5] CIT [6] Mengiring keselamatan [7] lain-lain

Di mana sahaja mereka berada; peranan mereka hampir sama; keselamatan harta dan nyawa. Tetapi pada hakikatnya mereka bukan bertugas untuk menentukan keselamatan kerana  mereka tidak benar-benar terlatih atau tidak diberi kuasa bertulis oleh pengurusan. Pelik? Tetapi itulah sebenarnya.

Bergayut semasa bertugas!
Jika pengawal membuat pemeriksaan pas ada bos yang akan  marah. Menahan pelawat yg agresif, kena marah juga, dan apa saja pun banyak yg semua tak betul. 

Maka lebih baik beri arahan hitam putih apa yg boleh dan yang tidak boleh. Yg boleh buat dan yg tak boleh buat [do's and dont's] mesti jelas. Jika tiada arahan bertulis... minta arahan bertulis.

Jika tidak, pengurus keselamatan terpaksa dgn rendah diri membuat surat dan mohon kebenaran untuk kerja. he he he lawak bunyinya kan. Itu fakta dan hakikat. sebab ada pengurus pernah buat. Mohon untuk periksa pas, mohon buat road block, mohon periksa pendatang asing dlm kampus...

Di  sebuah bank, Pengurus Keselamatan keluarkan notis melalui emel, minggu depan kami akan buat pemeriksaan pas. Sehari sebelum, notis lagi. Pagi2 sudah letak papan tanda PEMERIKSAAN PAS. Yg bestnya, Pengurus Besar pun akur. 

Senarai nama yg tidak pakai pas di majukan kpd HR. HR pun tanya nak buat apa ni? Mereka jawab...bukankah dlm Garis Panduan HR ada tertulis 'menjadi kesalahan jika tidak pakai pas'. NAH! Ambil balik 'garis panduan' kamu. 

Kesimpulannya tugas pengawal di bank bergantung penuh kpd Pengurus Keselamatan. Jika beliau jadi Mr Yes Man, pengawal kena buat apa saja yg disuruh. Jika beliau tahu apa tugas sebenar, beliau akan terangkan dgn jelas kpd pengurusan dan semua pengurus, DAN kpd pengawal.

Saya faham isu sebenar di sini ialah anda fikir tugas anda hanya mengawal saja. Minta maaf, anda silap. Pengawal di bank kena buat macam2. Sejauh mana macam2 itu bergantung!

Di Bank pengawal kena bantu pelanggan. Walaupun ini bukan utama, pengawal akan dapat 'latihan' bagaimana hendak melayan pelanggan. 

Perbezaan utama ialah pengawal luar dan pengawal sendiri. Pengawal sendiri hanya mengawal tempat-tempat yang sensitif atau di mana orang luar tak perlu masuk. Ini macam lawak sikit kerana tempat begini sudah guna macam2 teknologi dan tidak perlu dikawal oleh pengawal.

Masalah PALING BESAR bila ada pengawal sendiri dan pengawal swasta ialah, pengawal sendiri mula berlagak dan masa yg sama lepas tangan. Ketua kena rancangan betul2, bagi kawasan masing2, jangan gabung atau bertindan. 

Antara tugas Pengawal Bank
Tugas Khas. Memerlukan latihan khas/tambahan. Tugas mengiring VIP, wang atau dokumen. Mengawal Pej Pengerusi. Perlu latihan menembak, pertahanan diri, risik dll.
Tugas Tambahan. Tugas luar kawasan, mesyuarat lembaga di pulau2, lawatan khas di luar, mengawal VIP. Tugas semasa kecemasan - perlu pelbagai kemahiran.
Tugas Keraian. Menaikkan bendera, membuka pintu kenderaan tetamu khas, kawalan trafik, kawalan parkir, kawalan majlis, mengawal keamanan. 
Tugas-Tugas Lain. Sambut tetamu, leraikan pergaduhan, tangkapan, bantu polis dll, kawal rumah bos, pemandu, layan pelanggan bank, membersihkan pejabat [gotong royong], kerani jabatan keselamatan, membuat kadual tugas, kerja2 am, hadir kursus.

Ringkasnya, apa saja kita kena buat. Saya pernah buat semuanya. Rasulullah kata, jika kita kerja dgn orang, kita kerja 24 jam dgn dia. Rasul kata, bukan saya kata.

Kalau bos minta kita kerja pada hari kita OFF pun kita kena kerja. Jangan jadi orang Melayu...ada hal bos, ada kenduri, ada itu ada ini. Kerja dulu, kemudian diam2 minta off sebab nak bawak anak isteri berkelah dll.

Ingat satu benda, kita dinilai sepanjang masa, dan mereka menilai kerja, sikap dan perangai.

Wallahualam. Semoga kita semua berjaya

Bagaimana kita dinilai
http://togetherlearning.blogspot.my/2015/10/menilai-pekerja.html


18.10.15

Martabat Orang Keselamatan

Dari polis tentera rela jpam bomba penjara.....semua pun mcm sampah jer. maaf saya cakap mcm ni sebab mcm tu lah kita semua.

insyaAllah ada beberapa individu sedang berusaha untuk memertabatkan kerjaya ini. semoga mereka semua berjaya.

cuma saya nak kongsi sikit pengalaman saya ini.

semasa bertugas dgn gomen, semua pakcik dan makcik berlagak mcm lebih tahu bab keselamatan. lebih tahu dari kita. saya trpaksa panggil dia makcik sebab dia seorang Prof tapi berlagak mcm makcik.

dia ada 3 orang pegawai. mereka semua termasuk makcik ni bertanggungjawab hal ehwal pelajar. student jatuh terkangkang kat jalan raya dan terus mati....keselamatan yg kelam-kabut. pegawai dia sorang pun tak ambil pot. bila duta negara China bising baru nak gelabah. yg best tu, kita pulak bergegas ke hospital, yg depa tu maian telipon jer!

student berkumpul secara tidak sah....keselamatan yg kena. sepatutnya pegawai dia yg mula2 turun padang untuk selesaikan isu.

di fakulti......suami isteri bergaduh.....keselamatan yg kena.

di Sabah ada isu.......bapak2 yg berkuasa kata nanti dulu.

di jalan raya ada isu.....bapak2 kata sekali-sekala je Datok...maka kita pun geram sebab jem. marah kat polis. polis pun tak boleh nak bersuara. hampir tiap bulan jalan kat dataran merdeka tutup sebab ada aktivti pengabih duit rakyat.

kecewa sungguh dgn perangai dan sikap staf gomen, dari drebar sampai la kpd menteri. paling busuk dia akan tanya, guard mana? apa dia ingat bila guard ada, semua boleh selesai ke. tambah pulak arahan kpd guard ialah, jgn itu, jgn ini.

ambil guard 5 orang, awak nak 5 orang sentiasa berada di pos atau meronda. awak ingat guard tidak berak tidak kencing tidak makan tidak solat dan tidak rehat.bayar 5 rgt satu jam, suruh keje mcm2 melebihkan bangla. kalau 5 rgt, sykt keselamatan kebas 2 rgt, guard tu nak makan apa?

ini baru peringkat gomen....belum lg peringkat swasta...pembaca fikir lah sendiri. 

kalau swasta lagi hebat dan kelakar. ada mamat tu [bekas Prof] siap suruh tabek dia pulak. belum matang ke apa dia nih. baik suruh cashier kat sogo sana tu tabek dia.

fikirlah sendiri, kalau kamu di tabek oleh guard samalah kamu ditabek cucu kamu. takda maknanya!

keutamaan swasta ialah, guard mesti wujud dan hadir sepanjang masa. kalau guard tu selekeh, tak tahu apa2, tak cukup tidur...itu semua tak penting. harga pulak mesti murah.

kesimpulannya, gomen atau swasta mmg bermasalah.

apa itu mertabat orang keselamatan? maknanya mereka ini sangat terlatih dan pelanggan mahu khidmat mereka. harga tidak penting.

ada orang sedang merancang bahawa nak jadi pengurus keselamatan, mesti orang yg ada kad metriks tertentu. kad ini bukan dijual di Giant tetapi orangnya mesti hadir kursus asas selama 120 jam [at least]. 

dan kemudian kena hadir beberapa siri kursus. jika tidak ada kad ini, maka dia tiada hak untuk jadi pengurus keselamatan. begitulah seterusnya hinggalah ke peringkat pengawal.

pelik tapi benar....Indonesia dah lama amalkan perkara ini. Cuma pada masa ini ia tertakluk kepada beberapa industri seperti bank dan hotel. Di Australia, dgn sykt tu kena denda sebab ambik orang yg tak qualified jadi pengurus keselamatan.

ramai rakyat Indonesia sanggup bergadai untuk hadir kursus selama sebulan hanya untuk jadi pengawal. pengawal di Indon mmg nmpk mcm askar dan polis.

semoga Malaysia ada political will untuk hal yang sama. jika tercapai, bolehlah mereka ini tuntut minima 1500 rgt untuk pengawal keselamatan. doa-doakan lah.


...bersambung....

8.10.15

Cabaran Tugas Waktu Malam - KEBAJIKAN PEKERJA


Bertugas di waktu malam mempunyai keburukan dan kebaikannya.

[1] Mudah mendapat segala macam penyakit. Baik jika ketua dan majikan untuk lihat atau teliti perkara ini dgn lebih mendalam. Khususnya pihak Kesatuan. Tidak wajar jika Kesatuan kata ini di luar skop mereka. Kesatuan bertujuan menjaga kebajikan pekerja, apa salahnya lihat juga kebajikan pengawal kerana di setengah tempat mereka tidak ada kesatuan.  Sila  ‘search’ dalam google atau mana saja ‘search engine’, anda akan dengan mudah membaca banyak artikel mengenai perkara ini. 

[2] amat tidak sesuai bagi orang yg sudah berumur atau kurang sihat bertugas di waktu malam untuk jangka masa yang panjang. Maknanya untuk 3, 4 hari atau lebih. 

Kesimpulannya, Yang sudah berumur [lebih 55 tahun] dan yang berpenyakit elok ditukar ke jabatan lain atau dibanyakan bertugas pada waktu siang.

Kebaikannya; peluang untuk lebih dekat dengan Allah. Ini ibarat tugas seorang ustaz atau guru. Gaji dapat, pahala yg berlipat ganda pun dapat.

Waktu malam yg sunyi-sepi lah untuk pengawal menghafal surah-surah pendek. Membaca, berzikir dan solat malam.

Mengikut riwayat dari Muadz bin Jabbal, perbualan akhir beliau dgn Rasullullah. Apakah amalan yg paling baik yg disukai Allah. Jawab Rasul, lebih kurang…dapat ingat Allah semasa hendak mati. Tapi ia hanya boleh diperolehi jika 

[1] sentiasa ingat Allah dgn cara selalu berzikir 
[2] untuk perempuan, isteri yg sentiasa jaga nama baiknya [maruah] dan belanja harta suami sebaiknya 
[3] Sabar dgn segala musibah.

Jadinya, bagaimana hendak selalu berzikir. Saya sendiri selalu terlupa. Kita kena ingatkan diri kita selalu dgn cara tampal satu zikir di mana-mana yg kita boleh nampak. Atau cd atau instal dlm komputer atau fon. Kadang2 ada juga hamba Allah yg tampal di keretanya. Ada masa saya ternampak lalu terus berzikir.  

Ada saya ternampak dan terbaca, doa yang paling baik dan terus sampai kpd Allah adalah di waktu solat tengah malam. Maknanya dari tengah malam sampai ke Subuh. Ada juga saya dengar semasa ceramah, Allah memberi atau menunaikan segala permintaan hambanya yg dibuat pada waktu malam.

Nak doa apa? Antaranya…
  • Percukupkan rezeki aku ni ya Allah.
  • Kuatkanlah iman aku ini hingga akhir hayat ya Allah.
  • Berilah aku jalan untuk mengubah hidup aku ini ya Allah.
  • Jadikanlah aku orang yg sabar ya Allah





MAAF jika saya tersilap di mana-mana. Sila betulkan saya.

Ketua perlu kerap buat lawatan waktu malam kerana banyak kejadian berlaku pada waktu malam. Jika dibiarkan, pengawal sendiri boleh menghilangkan diri atau pengawal sendiri yg melakukan jenayah.


Untuk buat tekaan jenayah waktu malam mudah juga. 

[1] lihat rekod kejadian dan siapa yg bertugas, dan sector mana. Awas, ada juga yg tugas di sector A tapi pergi mencuri di sector B. Biasanya byk kes berlaku di kawasan pengawal yg kuat tidor. Pengawal lain akan ambil kesempatan mencuri di situ. 

[2] cuba pecah-belahkan pengawal ini dan tugaskan mereka di waktu siang. Tenguk rekod kadar kecurian…berubah tak? 

[3] kes banyak berlaku time duit gaji dah habis. Time musim bola dunia banyak LCD hilang dan sudahnya di kedai mamak atau warung. Time ada majlis besar. Ada juga kes pengawal mencuri bila ada kerja renovation atau ubahsuai. Banyak barang kontraktor akan hilang. Tak ada siapa yg lebih mengetahui kecuali pengawal sendiri. 

[4] kes tinggalkan pos banyak berlaku pada waktu malam. Lebih hebat kalau Ketua sendiri yg uruskan semua ‘kawan2’ dia keluar lepak di kedai kopi.

InsyaAllah sama2 kita berusaha menuju jalan yang baik.